Sarah Hildebrand Kini Berhijab, Tolak Tawaran Watak Utama Kerana Perlu Buka Tudung

Hiburan

Sarah Hildebrand Kini Berhijab, Tolak Tawaran Watak Utama Kerana Perlu Buka Tudung

Alhamdulillah. Seorang lagi selebriti tempatan telah pun berhijrah dan mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Sarah Hildebrand yang sememangnya cantik kini tampak semakin menawan dengan imej terkininya. Menariknya, Sarah Hildebrand ditawarkan watak utama yang tidak bertudung pada hari pertama penghijrahannya. Namun peluang tersebut ditolak kerana enggan mengorbankan niat sucinya mahu menutup aurat sepenuhnya.

sarah hildebrand bertudung

Advertisement

Inilah yang dinamakan dugaan dan ujian apabila seseorang itu ingin mengikuti syariat Islam. Nasib baiklah hati Sarah Hildebrand tabah dan berpegang teguh pada niat sucinya. Kata Sarah:-

Tawaran yang datang itu adalah untuk watak utama drama tersebut. Jadi bayangkan betapa saya bertarung dengan dua kehendak. Satu keinginan untuk mengambil tawaran keemasan dan kedua pada masa yang sama mahu terus dengan niat berhijab ini.

Watak yang diberikan memerlukan saya untuk tidak bertudung. Tentulah saya terpaksa tolak kerana saya sudah berhijab. Tidak saya nafikan, Tuhan sahaja yang tahu dalam hati bagamana rasa berbelah bahaginya saya dengan peluang itu.

Tetapi saya cekalkan hati juga kerana saya tahu, barangkali Tuhan sedang menguji saya sama ada saya serius atau tidak dengan niat saya.

sarah hildebrand bertudung

Bukan calang-calang orang boleh menahan kehendak dan tawaran yang datang, lebih-lebih lagi sebagai watak utama. Abang Nara suka dengan kata-kata Sarah tentang rezeki ini. Ujar Sarah lagi:-

Saya sentiasa percaya yang rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Mungkin saya terlepas peluang yang satu ini tetapi kita tidak tahu, akan datang Tuhan nak bagi saya rezeki yang lain pula.

Bagi saya ini bukan satu pengakhiran untuk saya berputus asa. Kena sentiasa memasang akal yang positif sebab rezeki ada di mana-mana.

sarah hildebrand bertudung

Semoga Sarah Hildebrand terus istiqamah dengan imej barunya ini. Biasalah ujian-ujian sebegini memang akan hadir untuk melihat sejauh mana keikhlasan hati seseorang. Semoga pegangan Sarah tidak bergoyah. Tahniah diucapkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...