Sarah Anne Akui Hampir Bercinta Dengan Awi Rafael

Hiburan

Sarah Anne Akui Hampir Bercinta Dengan Awi Rafael

Sarah Anne, nama yang sejak beberapa ketika ini mula menjadi bualan ramai dan sudah mula ada peminatnya tersendiri. Mungkin ramai yang mengenali beliau dengan watak Tengku Asyikin dalam drama Mencintaimu menerusi slot Akasia TV3, sebenarnya Sarah memulakan kerjayanya sebagai penyanyi dalam satu kumpulan yang ditubuhkan oleh Awi Rafel dikenali sebagai Girl Republik.

Advertisement

Sarah dan Awi juga sebelum ini pernah di gosipkan bercinta tetapi menurut pelakon jelita kacukan British-Melayu ini mereka sememangya rapat sehingga hampir ke arah bercinta namun mereka tiada jodoh.

Saya kenal Awi sudah lama. Kami jadi rapat selepas beliau buatkan lagu untuk Girl Republik. Sejak itu saya juga kenal baik kawan-kawan dan keluarganya. Hubungan kami rapat sehingga mungkin ada ke arah bercinta… namun apa yang boleh saya katakan kami tiada jodoh untuk terus bercinta.

Biarpun tidak bercinta, Awi sangat profesional dan kami masih senang bekerjasama. Dia seorang yang berfikiran terbuka dan fokus pada kerjanya.

Meskipun beliau kini dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang kerabat diraja iaitu Tengku Jufri, Sarah menjelaskan mereka tidak lebih daripada rakan kongsi dalam perniagaan.

Saya mengenalinya melalui seorang kawan. Beliau mendekati saya atas urusan perniagaan. Sekarang kami berkongsi perniagaan cuci kereta, Premium Auto Detailing yang terletak di NU Sentral, Kuala Lumpur.

Kami selesa berkawan kerana beliau lelaki jujur dan pemurah. Selain memiliki ciri-ciri lelaki idaman. Buat masa sekarang kami masih mengenali hati budi untuk memperbaiki kekurangan masing-masing. Buat masa ini juga saya lebih selesa solo kerana mahu fokus berlakon, belajar dan perniagaan. Saya juga takut untuk mencari dan mengharap cinta kerana malu jika tidak menjadi nanti.

Terus terang Sarah Anne mempunyai pakej yang cukup menarik dan kata orang “boleh jual”, sebagai pelakon baharu masih banyak lagi ruang untuk Sarah memperbaiki mutu lakonan beliau gunakan peluang yang ada ini untuk bersinar.

Sumber Berita: Mangga Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...