Sara Ali Sudah Punyai Kekasih, Sedang Hangat Bercinta

Hiburan

Sara Ali Sudah Punyai Kekasih, Sedang Hangat Bercinta

Berita sedih untuk jejaka-jejaka di luar sana. Sara Ali, pelakon yang berusia 25 tahun mengakui yang kini hatinya telah dimiliki. Dalam erti kata lain, Sara Ali sudah mempunyai kekasih. Jejaka bertuah yang mencuri hatinya ialah John Shaqeel yang berusia 22 tahun. John merupakan seorang ahli perniagaan. Mereka berdua sudah bercinta untuk beberapa bulan.

sara ali bercinta

Advertisement

Sara Ali dilihat tidak merahsiakan percintaan mereka apabila memuatnaik gambar mereka berdua di akaun Instagramnya. Kata Sara Ali tentang percintaannya ini:-

Ya, dia adalah kekasih saya dan kami sudah beberapa bulan bercinta dan sekarang masih dalam proses untuk mengenali satu sama lain.

Dia lebih muda daripada saya, namun bagi saya umur bukan suatu masalah atau ukuran yang penting kami serasi bersama.

Buat masa ini belum lagi ada perancangan kearah (bertunang/berkahwin) itu, dan kami masing-masing sibuk untuk membina kerjaya dahulu sebelum ke peringkat seterusnya. Doakan yang baik-baik sahaja

sara ali

Tahniah diucapkan kepada Sara Ali dan John Shaqeel. Semoga percintaan ini akan berakhir ke jinjang pelamin. Tahniah juga kepada Sara Ali kerana tidak merahsiakan percintaan seperti yang sering dilakukan oleh selebriti lain. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...