Sara Ali – Bukan Artis Pungut Bermasalah

Hiburan

Sara Ali – Bukan Artis Pungut Bermasalah

sara ali

Kalau anda sudah menonton filem Nur Kasih, sudah semestinya anda perasan akan wajah si cantik Sara Ali ini (walaupun dalam filem tersebut wataknya tidak terlalu besar). Abang Nara pernah berjumpa dan berborak dengan Sara Ali dan ternyata dia sememangnya seorang pelakon muda yang mempunyai visi dan misinya yang tersendiri. Itu yang Abang Nara terkejut besar apabila membaca Pancaindera minggu lepas mengenai Sara Ali yang bertajuk “Artis Pungut Bermasalah“. Sedikit petikan dari artikel tersebut:-

Advertisement

USIA pembabitannya baru setahun jagung. Namun ada satu peristiwa yang menyebabkan namanya disebut-sebut. Apabila dia didakwa kaki pembohong, mencipta alasan bodoh untuk mengelak dari menghadiri sesi fotografi bersama sebuah majalah hiburan popular. Amalan kurang sihat itu berpanjangan. Kali ini bersama sisipan Pancaindera yang djalankan pada cuti umum Wesak, Selasa lalu. Wanita berusia 21 tahun ini menggunakan helah kesesakan lalu lintas pula. Ditambah pula, kurang maklum dengan laluan jalan raya menuju ke studio penggambaran.

Kadang kala Abang Nara kasihan melihat artis-artis yang baru nak naik seperti Sara Ali ini. Confirm kena bantai teruk dengan wartawan-wartawan. Tak bolehkah wartawan-wartawan ini membantu dengan memberikan publisiti yang positif kepada artis-artis baru? Takkan semata-mata kerana ingin menjual suratkhabar terpaksa keluarkan cerita yang kontroversi sahaja.

Untuk makluman, Abang Nara telah bercakap dengan manager Sara Ali dan sememangnya Sara Ali telah mengakui kesilapannya berkenaan hal ini. Rasanya tak perlulah dipanjangkan lagi cerita sebegini. Abang Nara tak rasa ada artis baru yang perlukan publisiti seperti Sara Ali sengaja datang lambat atau tidak menepati janji dengan wartawan-wartawan.

Pasti mereka ada sebab yang kukuh dan sudah pasti mereka bersungguh-sungguh meminta maaf atas kekhilafan mereka.(untuk kes sesi fotografi Sara Ali ianya adalah kerana fotografi tersebut ingin dijalankan di rumah ibu bapanya tetapi sayangnya tidak mendapat kebenaran).

Nanti Abang Nara akan ceritakan kepada anda semua betapa komitednya Sara Ali untuk terjun di dalam bidang lakonan ini. Tapi buat masa ini, jom ramai-ramai kita follow Twitter Sara Ali dan ikuti perkembangannya. Abang Nara percaya yang satu hari nanti nama Sara Ali bakal meletup di dalam industri hiburan.

Lagi beberapa keping gambar Sara Ali dengan membaca entri ini sepenuhnya.

sara ali

sara ali

sara ali

sara ali
sara ali

sara ali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...