Netizen kalau bab memberikan komen pedas memang padu habis. Kata-kata yang dilemparkan memang ‘deep’, menusuk terus ke dalam hati. Seperti baru-baru ini ada netizen yang memberikan komen pedas bak cili padi mempertikaikan logik serta keberkesanan produk minyak kurus Hanis Zalikha.
Sebelum itu, berita ini dibawakan khas oleh Digi CILI PADI yang memberikan data dengan bayaran kurang RM 1 untuk satu hari. Boleh menggunakan pelbagai aplikasi kegemaran anda seperti YouTube, Facebook, Instagram, main game atau dengar muzik TANPA HAD. Maksimum sosial, maksimum muzik dan maksimum gaming dengan internet berkelajuan tinggi.
Berbalik kepada gosip hangat Hanis Zalikha, ramai yang tahu beliau baru-baru ini telah memperkenalkan produk kecantikan terbaru, Cakenis Petite Oil. Katanya, boleh memecahkan lemak terkumpul di bahagian badan seperti perut, pinggul dan lengan serta mampu mengawal nafsu makan. Dengar macam menarik, tetapi rata-rata netizen mempersoalkan fakta bagaimana dengan sapuan sahaja boleh mengawal nafsu makan?
Sapu minyak kat kulit boleh kawal
nafsu makan?
Nak buat duit pun beragak lah
Mungkin netizen tidak mahu sesetengah selebriti ‘syok sendiri’ dengan mengeluarkan produk yang hanya mengaut keuntungan sahaja. Apa-apa pun, fikir positif sahaja produk Hanis dapat membantu pengguna kekal langsing, selebihnya adalah hasil usaha anda sendiri.
Jangan lupa untuk menggunakan Digi CILI PADI untuk terus membaca gosip panas dan terkini di BeautifulNara.