Santuni Ribuan Pelanggan, Khairul Aming Masuk Hospital – “Doktor Maklumkan Saya Alami…”

Kehidupan

Santuni Ribuan Pelanggan, Khairul Aming Masuk Hospital – “Doktor Maklumkan Saya Alami…”

Personaliti media sosial dan pemilik restoran Rembayung, Khairul Aming, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas berkongsi foto dirinya terlantar di sebuah bilik rawatan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Khairul memaklumkan bahawa dirinya mengalami kekurangan air atau dehidrasi selepas menyantuni ribuan pelanggan yang hadir ke restoran sulungnya pada Rabu.

Advertisement

“Selepas bergambar dengan 7,000 pelanggan, doktor suruh saya minum air banyak-banyak. Dehidrasi,” tulisnya.

Bagaimanapun, Khairul menegaskan keadaannya tidak serius dan berada dalam keadaan baik. Menurutnya, beliau hanya dinasihatkan supaya mendapatkan rehat secukupnya serta memperbanyakkan pengambilan air kosong.

khairul aming

“Tetapi secara keseluruhannya saya ok sahaja, cuma saya kena ada rehat yang cukup. Jangan lupa minum air,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan kesihatan usahawan yang digelar kesayangan ramai itu. Ramai menasihati Khairul agar tidak terlalu memaksa diri dan memberi keutamaan kepada kesihatan.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk nasihat supaya beliau berehat secukupnya, menjaga kesihatan dengan lebih rapi serta mengingatkan bahawa kesihatan adalah aset paling berharga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-21 16:48:35

"Ramai Yang Terkesan Isu Laser Fef*k, Biar Aku Je Cantik Sorang" - Sasha Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...