Pempengaruh dan usahawan terkenal, Syahmi Sazli mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan bahawa perkongsian ringkas dan bersahaja di media sosial juga mampu menjana pendapatan.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Syahmi berkongsi bahawa dia memperoleh pendapatan sebanyak RM188 hanya dalam tempoh dua hari hasil daripada memuat naik sekeping foto dirinya sedang duduk di atas sebuah motosikal.
Perkongsian tersebut dibuat selepas beberapa individu meminta Syahmi mendedahkan jumlah sebenar pendapatan yang dijana daripada gambar berkenaan.
Ada orang minta nak lihat berapa hasil daripada sekeping gambar saya duduk di atas motor.
Hasil ini bukan selepas dua jam tetapi lebih kurang dua hari. Alhamdulillah, lebih kurang RM188. Rezeki Allah.
Hantaran itu segera mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-rata meluahkan rasa terkejut namun pada masa sama tumpang gembira dengan rezeki yang diperoleh Syahmi.
Antara komen yang ditinggalkan termasuk:
Rezeki yang tidak disangka-sangka.
Orang pun dikenali, memang senang nak buat duit. Post apa pun memang ramai yang suka.
MasyaAllah seronok, murah rezeki Mie.
Perkongsian Syahmi itu secara tidak langsung membuka mata ramai tentang potensi penjanaan pendapatan melalui media sosial, meskipun hanya dengan kandungan ringkas tanpa elemen promosi yang berat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

