Santai Sapu Sampah Di Jalanan, Gerak-Geri PM Timor Leste Jadi Tumpuan – “Pemimpin Berjiwa Rakyat”

Dunia

Santai Sapu Sampah Di Jalanan, Gerak-Geri PM Timor Leste Jadi Tumpuan – “Pemimpin Berjiwa Rakyat”

Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão, menjadi tumpuan di media sosial selepas tular satu video yang memaparkan beliau menyapu daun kering di jalanan dengan pakaian sederhana seperti rakyat biasa.

Video berdurasi sembilan saat itu dimuat naik di TikTok dan telah meraih lebih 300,000 tontonan, dengan ramai pengguna kagum terhadap sikap rendah diri dan ketokohan beliau sebagai pemimpin.

Advertisement

Dalam rakaman tersebut, Xanana Gusmão dilihat tenang menjalankan kerja tanpa sebarang protokol, selaras dengan pesanan beliau tentang erti kepimpinan sejati:

Rahsia untuk menjadi seorang pemimpin ialah bertanggungjawab, berdisiplin dalam kerja, konsisten, menunjukkan teladan melalui tindakan, berkorban dan mengutamakan kepentingan awam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keperibadian Perdana Menteri berjiwa rakyat itu dan menganggap beliau sebagai contoh teladan yang wajar dicontohi oleh pemimpin lain.

Perdana menteri timor leste

Malah, ada yang menyatakan rasa ingin melawat Timor-Leste, negara yang disifatkan mempunyai pemimpin sederhana dan berhati mulia.

Untuk makluman, Timor-Leste merupakan negara termuda di Asia dan kini telah menyertai ASEAN sebagai ahli ke-11 pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rafizi Ramli kesum fleximart
2025-10-29 10:11:46

Rafizi Ramli Bakal Buka Kedai ‘Harga Marhaen’, Fleximart & Kesum Tawar Makanan Di Bawah RM5!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...