Sangkut Dalam Lif Tingkat 31, Lah Ahmad Alami Detik Cemas Sampai Terduduk

Hiburan

Sangkut Dalam Lif Tingkat 31, Lah Ahmad Alami Detik Cemas Sampai Terduduk

Penyanyi Lah Ahmad khabarnya telah berdepan detik cemas apabila dia dan empat kru produksi yang lain terperangkap dalam lif di aras 31 sebuah bangunan yang terletak di Cheras.

Tampil berkongsikan pengalaman menakutkan itu, Lah atau nama sebenarnya Abdullah Ahmad berkata lif yang dinaiki mereka telah mengalami gangguan teknikal.

Advertisement

Ebit Lew
3 years ago

Tular Kes Gangguan Seksual , Ini Kronologi Dan Susur Masa Babitkan Pendakwah Ebit Lew

Dia yang pada ketika itu sedang menjalani penggambaran untuk rancangan terbaru turut berkongsi detik cemas itu di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Kejadian berlaku lebih kurang jam 3 petang, ketika itu saya ada shooting untuk rancangan terbaharu. Kami ke tingkat atas bangunan untuk dapatkan footage di bahagian outdoor, selepas selesai kami mahu turun ke tingkat bawah. Bila masuk ke dalam lif, tiba-tiba lif tersangkut di tingkat 31. Masa itu kami berlima termasuk kru produksi.

Lah juga menganggap peristiwa itu sebagai dugaan hidup dan keadaan itu turut membuatkan mereka berlima ‘terduduk’ seketika di dalam lif ketika menunggu bantuan tiba.

Jelasnya lagi, bantuan daripada pihak pengurusan bangunan tiba kira-kira 10 hingga 15 minit kemudian dan mereka segera diselamatkan oleh pihak penyelenggara lif.

“Alhamdulillah, selepas setengah jam, akhirnya pihak penyelenggara lif berjaya buka pintu lif. Cemas pun cemas juga, tapi bila dah selamat rasa macam kelakar pun ada..” cerita Lah lagi ketika dihubungi sebuah media, semalam.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...