Sangka Kesan Allergik Gam Bulu Mata, Rupanya Gadis Ini Hidap Ketumbuhan Pada Mata

Trending

Sangka Kesan Allergik Gam Bulu Mata, Rupanya Gadis Ini Hidap Ketumbuhan Pada Mata

Seorang gadis remaja menyangka bahawa beliau hanya mengalami allergik akibat penggunaan gam bulu mata palsu. Namun, sebaliknya berlaku apabila doktor mengesahkan beliau mempunyai ketumbuhan pada mata beliau.

Megan Barker menemui pakar mata di Hospital Queen Alexandra di Portsmouth apabila mata sebelah kiri beliau mula membengkak sehingga tertutup pada penghujung Disember tahun lepas.

Advertisement

Tetapi selepas hampir 11 jam berada di ruang pemantauan pakar mata, doktor menemui ketumbuhan  yang mula membesar pada bahagian sinus matanya.

Pada mulanya keluarga mereka menyangka ianya disebabkan oleh penggunaan bulu mata palsu yang sering di pakai oleh Megan.

Megan,19 tahun yang bekerja sebagai agen pelancongan berkata..

“Mata saya mula membengkak pada awal Disember yang lalu sehingga menyukarkan saya untuk melihat dengan jelas. Saya memang sering memakai bulu mata palsu, dan ayah saya menyangka bahawa ianya disebabkan oleh bulu mata palsu saya”

“Saya langsung tidak menyangka ianya disebabkan oleh ketumbuhan. Jadi saya bercadang untuk berhenti seketika dari memakai bulu mata palsu dan lihat bagaimana kesannya”

“Tetapi menjelang krismas,bengkak pada mata semakin membesar dan keluarga menasihatkan supaya saya terus ke bahagian kecemasan hospital”

“Mereka memeriksa penglihatan saya dan mendapati tiada yang abnormal”

“Kemudian saya dirujuk ke hospital Queen Alexandra dan menjalani beberapa ujian imbasan”

Ketumbuhan yang dikenal pasti itu dipanggil  Ossifying Fibroma yang mana menolak bahagian soket mata beliau dan memaksa matanya tertutup dan boleh merosakkan daya penglihatannya.

Pakar bedah telah menjalankan pembedahan ke atas remaja ini dengan membuka bahagian kepala dari telinga sebelah ke sebelah lagi telinga lain dan pembedahan ini memakan masa hampir 6 jam lamanya.

Kini, Megan sudah sembuh sepenuhnya walaupun terpaksa dikuarantin dari memandu atau melihat sesuatu untuk satu tempoh yang lama.

“Ini merupakan satu pengalaman yang membuatkan saya sedar supaya nikmat melihat itu sangat perlu disyukuri”.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...