“Sangka Carseat & Botol Susu Tak Penting, Bila Dah Terkena Barulah Saya Faham…”

Trending

“Sangka Carseat & Botol Susu Tak Penting, Bila Dah Terkena Barulah Saya Faham…”

Saya nak cerita tentang betapa pentingnya carseat dan ajar baby botol. Jujur cakap, dulu saya dan suami kurang peka tentang carseat ini dan memang dari mengandung sampai sudah bersalin, tak pernah terfikir nak beli. Sebab pada saya, tak perlu carseat ini.

Advertisement

Saya boleh pegang anak dalam kereta. Jadi, buat apa nak membazir? Saya hanya beli stroller dengan baby carrier sahaja. Bagi saya, dua barang ini penting.

Begitu juga dengan botol susu. Anak saya ini breastfeed, dari lahir sampai usia dah setahun ini tak pernah ajar botol. Bukan tak pernah, dalam waktu berpantang dulupernah ajar tetapi dia menolak.

Jadi kami suami isteri rasa tak apalah, mungkin sebab saya tak kerja. Jadi, senanglah bagi baby breastfeed saja. Jadi, botol susu ini tidak penting.

Sehinggalah anak saya berusia setahun. Beberapa hari sebelum genap setahun, saya diserang demam, pening kepala, tetapi masih gagahkan diri juga untuk breastfeed baby.

Demam tiga hari tak surut, kemudian sambung demam lagi. Ingatkan nak pergi hospital, tetapi kebetulan hari itu anak saya ada checkup yang ke setahun. Jadi, saya selesaikan dia dulu. Mujur suami dah ambil cuti pada hari itu.

Selepas check up, baliklah ke rumah. Demam saya masih tak sembuh lagi. Saya pergi ke klinik untuk ambil darah dan keputusannya menunjukkan saya terkena denggi. Saya langsung tak tahu selama ini saya demam sebab denggi.

Masa pergi klinik itu, kami bertiga saja. Kemudian di klinik, doktor masukkan air sebab platlet darah saya 40 saja. Jadi dirujuk ke hospital.

Masa drip water, sempat lagi susukan anak. Mati-mati ingat pergi hospital sendiri, rupanya mereka dah panggil ambulan. Kelam kabut saya dan suami sebab suami drive, habis baby siapa nak jaga?

Masa itu kena ceramah dengan doktor tentang pentingnya carseat. Barulah terbuka minda ini yang selama ini menganggap carseat itu tidak penting. Bila terjadi begini, rasa menyesal sangat kenapalah dulu tak beli.

Selepas berbincang dengan suami, okaylah, tak mengapa. Tawakal pada Allah sahaja. Saya naik ambulans okaylah apa semua dan masuk wad pada petang itu.

Suami call kata anak menangis nak susu. Sudahlah saya tak pernah pam susu, memang tak ada stok susu di rumah. Anak pula tak pandai nak hisap botol lagi.

Suami dengan mak mertua pergi ketuk rumah jiran, minta susu. Nasib baik jiran itu anaknya sebaya dengan anak kami, dapatlah susu. Itupun susu segar baby tak nak minum.

Suami cakap dia menangis masuk bilik, masuk dapur mencari saya. Ya Allah, masa itu rasa bersalah sangat sebab selama ini tak pernah peka. Anak dah biasa breastfeeding, pam susu apa semua itu rasa tak penting untuk dibeli.

Akhirnya suami kata, malam itu baby langsung tak minum susu dan tertidur kerana kepenatan menangis. Malam pun dia bangun sebab selama ini dia tidur ngempeng saja dengan saya.

Masa di hospital, saya beritahu doktor yang saya tak boleh ditahan lama di wad sebab ada anak kecil yang menyusu badan dan tiada siapa nak jaga dia.

“Macam mana puan nak uruskan anak kalau puan sendiri pun sakit?” balas doktor.

Waa, masa itu memang menangis dengar jawapan doktor itu.

Satu malam saya di wad, memang tak boleh tidur, asyik terfikirkan anak di rumah macam mana. Doktor kata, kalau platlet darah saya naik esok, baru boleh keluar wad.

Malam itu, saya minum banyak air sampai breast saya bengkak. Air masak, air 100 Plus jangan cakaplah, sampai tak boleh tidur, asyik nak ke tandas saja.

Keesokan harinya dah boleh keluar wad sebab platlet darah saya dah naik 80. Alhamdulillah. Selepas selesai bayar bil, jumpa baby.

Ya Allah, sayu saja tengok keadaannya yang tak terurus, comot sebab dari malam tak minum susu, cuma minum air masak saja. Last breastfeed semalam pun di klinik. Apa yang berlaku benar-benar membuatkan saya insaf.

Pesan saya kepada para ibu di luar sana, carseat ini penting sangat-sangat. Jangan sampai insiden yang berlaku pada saya berlaku pada anda juga.

Suami kata, dalam perjalanan mereka balik semalam, setiap lima minit dia berhenti di tepi jalan sebab anak tak duduk diam, asyik bermain dengan kunci, tekan hon, memang mencabar sangat-sangat dan juga amat berbahaya. Saya beli stroller dan baby carrier, last-last anak tak nak guna pun. Dia lebih suka berdukung. Jadi belilah carseat dulu.

Sama juga kalau breastfeed baby sekalipun, ajar baby minum susu guna botol. Kalau anda mengalami kes seperti yang saya lalui, tak adalah kelam kabut.

Selama setahun ini tak pernah terfikir pun perkara ini akan berlaku. Ia betul-betul memberi pengajaran kepada saya.

Oh ya, selepas keluar dari wad, saya terus ajak suami pergi beli carseat. Haha!

Sumber : Info Ibu Hamil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...