Written by AbangNara | April 18th, 2016

Di Malaysia, sekiranya anda seorang gadis berusia dalam lingkungan usia 27-30 tahun dan masih belum berkahwin, pastinya anda akan merasai tekanan yang amat sangat. Balik kampung je makcik-makcik, nenek-nenek confirm akan tanya “kau bila lagi nak kawin?”, “kau seorang je cucu nenek yang tak kawin-kawin lagi”, “kau nie muka cantik, takkan lah tak ada orang nak?”. Memang pedih ulu hati apabila soalan yang sama seringkali diulangtanya. Bertambah pedih bila gelaran “anak dara tua” mula diberikan kepada anda.

sheng nu

satu ketika dahulu Marsha pernah risau digelar anak dara tua sebab selalu sangat putus cinta. Akhirnya bertemu jua jodoh

Abang Nara ingatkan di Malaysia sahaja ada masalah “anak dara tua” ini. Rupa-rupanya di negara China pun sama jugak. Malahan lebih dasyat lagi. Gadis-gadis yang berusia 25 tahun dan ke atas serta tidak berkahwin lagi akan digelar “Sheng Nu” yang membawa maksud “leftover girls”. Lebih kurang la maksudnya dengan anak dara tua. Tapi start umur 25 tue. Lagi dasyat daripada orang Melayu kita.

sheng nu

tak kawin tua-tua nanti sunyi lah tak ada orang teman

Tidak mahu gadis-gadis Sheng Nu ini dibelenggu dengan tekanan untuk berkahwin pada usia 25 tahun, International Prestige Skincare Brand SK-ll menerusi kempen #ChangeDestiny telah pun menerbitkan sebuah video. Video ini memang tersangatlah power dan meaningful untuk para gadis China. Di dalam video ini, ada kelibat beberapa orang gadis China yang belum berkahwin, namun berjaya mencapai cita-cita dan impian mereka.

Tujuan utama pembuatan video ini ialah meminta orang ramai memahami perasaan gadis China yang digelar Sheng Nu ini. Mereka bukannya mahu berkahwin semata-mata hanya kerana tekanan daripada masyarakat. Selalunya gadis-gadis Sheng Nu ini dilihat sebagai seorang yang lemah, tidak berkeyakinan serta takut untuk melakukan sebarang tindakan. Namun di dalam video #Change Destiny oleh SK-II ini, kesemua gadis Sheng Nu tersebut dilihat begitu yakin, bebas dan gembira. Bagi mereka, bergelar Sheng Nu bukanlah satu masalah.

sheng nu

gadis Sheng Nu sering digambarkan sebagai seorang yang suka menangis dan sedih

Abang Nara tertarik dengan kata-kata Li Xu Yuan, salah seorang Sheng Nu di dalam video di atas. Katanya:-

Saya tidak mahu berkahwin semata-mata kerana terpaksa berkahwin. Saya tidak akan gembira hidup sebegitu.

sheng nu

kalau kahwin tapi hidup sengsara apa gunanya kan?

Abang Nara percaya ramai juga gadis Malaysia yang berkahwin semata-mata kerana takut membujang sehingga ke akhir hayat. Namun perkahwinan tersebut akhirnya berakhir dengan penceraian. Tak salah menjadi seorang gadis Sheng Nu yang bekerjaya, yakin dan berjaya mencapai cita-cita dan impian. Daripada kahwin dan tak bahagia, lebih baiklah kita tidak berkahwin dan membina kerjaya. Abang Nara yakin satu hari nanti jodoh akan tiba jua. Tak gitu? Apa kata anda? Lebih banyak kisah Sheng Nu di laman SK-II.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

54 responses to Sanggupkah Anda Berkahwin Semata-Mata Kerana Pandangan Masyarakat Atau Lebih Rela Bergelar Anak Dara Tua?

  1. aliska says:

    cam sy skang ni la..tepaksa bekahwin sbb takut org mengata..lastnya sy menderita dan x bahagia kini.

    0

    0
    • melati mulut puaka says:

      Jadi andartu asalkan ader harta sendiri. Kalau tak der suami nak tanggung terpaksa keja kuat cari duit buat harta sendiri to be successful & independant.janji puas hati dari kawin tapi merana pocket kering

      0

      0
    • minah jambu say NO to DRUG says:

      lebih baik jadi anak dara tua dari nk hepikn masharakat atau semata mata pandangan masharakat leh jalan lah ! buat ape idop berpura2..kalau tuhan kasi jodoh kawin lah kalau tk ye tak kawin lah ..kate jodoh di tangan tuhan so tk perlu cakap pasal ni semua buang masa aje huh ! ambek aje anak angkat boleh jugak buat teman masa kite tua

      0

      0
    • aku pun x kawin lg says:

      nak stress wat apa, jodoh kan rahsia Allah… mkck aku 3 org anak dara tua, last bertemu jodoh gak pd usia 62 thun awal thun gan teruna tua umur 55 thn… yg sorang lg 61 thun br kwin bln lps gan duda xder anak umur 65 thn.. tgk sapa sangka sbb drg pun pikir abis usia sorang2 tp Allah bg gak suami…

      0

      0
  2. titi says:

    ok, this video made me tear up. i’m 29 myself, and exactly know how they feel.
    Alhamdulillah, we believe in ‘ajal, maut, jodoh, rezeki ditangan Allah’
    cheers ladies! :-*

    0

    0
    • cik bunga says:

      saya 39..sya relax je..cool ..biar pon x ksya, biar pon x lawa, biar pon di panggil ANDARTU..x kesah..jj bahagia .jodoh , ajal, maut, rahsia Allah ..

      0

      0
      • hanapeah says:

        x payah lah stress. member sorang aku jodoh cepat, bila kawin laki pulok buat hal. panas baran, kaki minum, keluar malam, kaki lepak lepas anak sorang. sekarang bergaduh je. kalau belum jodoh..jgn dipaksa.

        0

        0
  3. belinda says:

    Kalau muda2, macam awal19- 21 korang rasa boleh kahwin tak? Aku kalau kahwin itu tapi i takut cerai la, paling tak pun masalah berat. And kalau kahwin takde freedom kan. Apa pandangan korang?

    0

    0
  4. mar says:

    sering dilabel terlalu memilih, kalau tak memilih buat apalah Nabi Muhammad sarankan umatnya ada amalan ISTIKHARAH (pilihan). lagi satu jenis independent ni xperlu takut didekati cuma perlu dihormati.

    0

    0
  5. melati says:

    kalau tak Kawin nanti bercakap dgn Kucing lah….mcm Neelofa & Adik nya , nk tunggu org macam Datuk Sheikh Muzaffar sampai tua ler tak dpt…….muka cam Puaka tapi nk cari org kaya & handsome alamat nya cakap gan kucing lew sampai mati….

    0

    0
  6. melati says:

    lagi satu ..byk sgt pompuan kat Malaysia yg perasan !!!! nk tunggu lelaki macam Datuk Sheikh Muzzafar masuk meminang…..kalau muka kita tu macam J..LO.. ok lah ..tapi muka macam getah pemadam alamat nya cakap gan Kucing lew sampai mati…..Contoh Neelofa & Adik nya konon nk tunggu lelaki cam Dato Sheikh Muzzafar lew tu…percaya lah 30 tahun akan dtg anda mungkin ingat saya , betul tak Neelofa & Adik nya akan bercakap dgn Kucing…[email protected] bersuami kan kambing Gurun dua beradik ni..Neelofa & Adik nya…pastu Neelofa meroyan camgini sorang2 …SAPER CIPLAK TUDUNG SAYA @ AKU KSAYA AKU ADER 50JUTA…..hahahhaahahahahahahahahahhaahahaahahhaa

    0

    0
    • Anonymous says:

      Ko ni sakit mental ke? Aku pasan kat post2 len yg takde kena mengena ngan neelofa pun tetiba si melati ni sumpah seranah neelofa. Hidup ko mcm dah nak dedicate untuk kutuk neelofa je. Get a life.. pi hospital dptkan rawatan.

      0

      0
  7. Anonymous says:

    Jodoh, ajal, maut semua rahsia Allah. Kalau ada makcik2 ke..hakak2 ke.. yang banyak bunyi bising kenapa tak kawin2, jawab je.. saya nak nikah dengan laki makcik/ hakak boleh tak? Makaseyyyyy.

    0

    0
  8. Anonymous says:

    lelaki skg sukar dipercayai..dah le kedekut,…gatal plak tu. pemalas tu toksak ckp le..

    0

    0
  9. happyalone says:

    Says ada rakan yg stress habis selalu kena tny dgn saudara mara n kwn kwn lain bila nak kahwin… Dia ambil hati n selalu rasa tertekan n nangis… Saya bilang dia relaks ar buat x endah jer… Kita yg pilih nak fikirkan secara stress atau live life to e fullest… Tapi dia nie satu hal plak bertemu jodoh online, setakat nak kahwin sebelum 30thn, terus ckp ya bila org tu bertemu n pinang pads pertemuan pertama… Lepas dia kahwin, x habis habis tny saya bila nak kahwin pada setiap sms n pertemuan… Mcm mcm andaian yg dilemparkan picky la, siapa nak jaga nanti tua la, hantar gbr kedai kahwin yg dia ternpk bila siar siar n konon teringatkan nasib saya yg malang n bila nak nak lihat saya pakai baju pengantin padahal dia lalui perkara sama… Last last kahwin terseksa, mak mertua x suka n laki dia side maknyer aje, dimaki hamun oleh laki n sering diperlekehkan cara memasak n mengurus rumah, ibubapa pun dimaki hamun n ditinggalkan selama setahun sewaktu sakit depression… Bila dia sihat, terhegeh hegeh cari laki kat negeri asal pasal takut gelaran janda… Kdg kdg bila dia comment pasal status saya, mulut gatal jer nak ckp lebih baik single dari hidup dgn laki hantu mcm ko… Too bad saya x hati busuk n mulut lancang mcm dia…

    0

    0
  10. loyalmalaysian says:

    ckp ngan kucing lagi baik dr ckp dgn jantan buat derk je…korang jugak yang tension last2…maunya meroyan plak….aku prefer membujang tapi duit byk…aku bole buat ape aku suka x de org nak halang2 aku…dan aku bykkan beribadah kepada Allah…

    0

    0
  11. Kak Jah says:

    Di china lelaki pun ramai tak kawin..ini dah ada dlm dokumentari saya tengok 2-3 tahun lepas.
    Couple of years ago saya mmg desperate sbb tak larat dgr sendiran, so saya kawan la dgn mamat ni dah la keje ada tak de je. end of story, duit saya habis beribu2 hampir2 licin sbb mamat tak guna ni. Skrg, mamat tu saya buang jauh2 dari hidup. Lps tu saya nekad nk kumpul balik duit utk waktu tua nti. Skrg saya jgk buat bisnes sambilan kecil2an jd siang mlm keje. Saya pasrah je jodoh…ada terima, tak de pun terima sbb itulah takdir utk saya walau sekarang saya belum nampak apa hikmahnya.. Saya cuma ckp dgn mak dan ayah saya, saya akan jaga mereka sebab saya andartu dan single. Yang lain sibuk dgn urusan hidup keluarga masing2. Ada org, jodoh susah..rezeki murah. Ada org jodoh cepat rezeki susah dan mcm2..jd kita jgn cepat menjatuhkan hukum pada org. Kita tak tahu, kita nanti susah dlm bentuk apa pula, malu yang sedalam.mana pula nak ditanggung.

    Dan pd yg dah kawin dan ada anak, mungkin ada iktibar dari cerita saya ini. Ada jiran saya dulu skrg umur dlm 72 tahun. Suami dah meninggal, anak ada 4. Ditakdirkan 2 anak meninggal masa remaja (universiti) accident. Sorang lagi lelaki pernah bertegang leher dgn ibunya jd dah hmpir 22 tahun tak balik2. Sorang lagi pun jarang2 balik, tinggallah makcik ini sebatang kara dan membela beberapa ekor kucing dan jiran2 la byk yg selalu tengok2kan makcik ni…jadi kita ada anak belum tentu semua anak2 akan jaga kita. Mother Teresa pun tidak berkahwin, tetapi dek kerana pengorbanan murni yg byk terhadap masyarakat, di akhir hayatnya beliau dikelilingi oleh orang2 yang sanggup mahu pula membalas setiap jasanya…

    0

    0
  12. ku says:

    melati..
    sya x kenal kamu..
    tetapi kenapa bahasa kamu teruk sgt..?
    kamu sakit ke melati..?
    banyakkn berisqtifar dan berzikir. itulah sebaiknya.
    kita hidup tak lama di dunia ni melati.
    jgn di padang mashyar nanti kita merangkak mencari org2 yg kita kutuk. yes..sya pun bukanlah sebaik2 manusia..ada khilaf dan silapnya.
    tetapi setiap kali bahasa kamu amatlah keterlaluan. kitakan sesama islam. ckuplah kamu dgn bahasa kamu.

    sekali pun kamu bangga dgn setiap ayat kamu…tapi kamu perlu selidik sedalam yg mungkin.
    sya turut malu. jika kamu ada masalah dalaman..mintalh petunjuk dari Allah.
    sebaiknya kamu jgnlah guna nama melati tu..sebb ianya melambangkan sekuntum bunga melati yg indah. tetapi syg sejuta kali syg..kamu bukan begitu.

    sya minta maaf jika bahasa sya ini mnyinggung kamu.

    0

    0
  13. melati says:

    Bagi kajian saya , byk lelaki ..dlm penjara , hisab dadah, mati xciden, jadi gay…..itu lah laki kurang sekarang…yg tinggal cuma lelaki yg pemalas , panas baran, kedekut , ketuk duit pompuan, berlagak, poyos …Ego & bodo…………itu hakikat….!!!

    0

    0
  14. Anonymous says:

    jodoh ajal maut dari Allah – sekiranya di berikan pilihan – saya memilih untuk hidup sendiri – namun di sebalik kejadian pastinya ada hikmah and sebab kenapa Allah berikan ketentuan itu kepada hambaNya – manusia ni sama tapi hati lain2 – doa saya semoga kita semua terus di berikan hidayahNya untuk teruskan kehidupan di dunia dan akhirat

    0

    0
  15. aku says:

    sy dah 32 tahun..dan masih belum berkahwin..jodoh ajal maut semua ALLAH tentukan..hidup perlu diteruskan :)

    0

    0
    • redha says:

      sy dh 41..bila umur 27 rasa rilex lg…bila capai 30+ dh tertanya2 bila aku nk kawin ni…bila 35+ terasa panik…but now dh 40…mcm dh give up untuk cari. asik dpt laki org..drpd aku sakitkan ati ppuan lain. baik aku sendri…now aku redha dgn ketentuan Allah. think positive. ada hikmah disebalik semua yg jd….mgkn Allah beri peluang tuk aku berjasa pada mak n ayah aku sbb seblm ni mgkn aku kurang berikan tumpuan pd parents aku. n now aku happy dpt berbakti pada mak an ayah. trima kasih Allah krn bg aku peluang kedua untuk cuba jd anak yg terbaik.

      0

      0
  16. kaki tabur says:

    pengaruh drama melayu banyak sangat..konon nak yg lawa cantik…macho…

    0

    0
  17. loyalmalaysian says:

    lagi satu…korang sume hati2 dgn lelaki zaman ni…asik nak pau duit pompuan je…bila x dpt mampos dibantai nye anak bini dia…ade tu sampai meninggal pon ade…dikerat..kene simbah asid….bayi2 kena buang skrg pon pasal jantan la sape lagi…dah buat x nak bertanggngjawab….mcm2 la…eee sadisnya takot aku…lebih baik mmembujang…hati senang perut pon kenyang…

    0

    0
  18. jasmina says:

    sedihnya..sy pun dh 26..mmg tekanan jugak org asik tnya..lebih2 lg ramai kwn2 sebaya dh kawin..tp hati sy mcm xboleh nk terima lelaki lain..sy tetap suka kat satu lelaki ni..dh betahun sy tggu..bukan xde yg nak..tp sy yg xnk..hati sy cuma utk si dia..wlu sy tahu dia xde hati kt sy..dia ramai peminat sbb dia ada rupa jugak..mcm mana ye nk buat? sy rupa xseberapa..sy syg sgt2 kt dia sbb dulu masa yg break up dgn ex bf dia yg memberi semangat

    0

    0
    • Anonymous says:

      Actually llki tu dah jadi milik aku pon. So apa kate ko carik je llki2 yg rupa sepesen ngan ko.. muka x seberapa kekdah nye kan. X yah la ko terhegeh-hegeh ngn si dia yg dah jatuh kat tgn aku.

      0

      0
    • Akuuu says:

      Actually llki tu dah jadi milik aku pon. So apa kate ko carik je llki2 yg rupa sepesen ngan ko.. muka x seberapa kekdah nye kan. X yah la ko terhegeh-hegeh ngn si dia yg dah jatuh kat tgn aku.

      0

      0
    • Anonymous says:

      sama pulak situasi saya ngn awk. masih mengharap pada yg tak sudi. Terang2 dia tolok saya, tapi masih menunggu dan berharap. Setiap kali doa mesti sebut nama dia..

      0

      0
  19. ayamsedih says:

    nangis aku tengok video ni .. sakit nya tu di sini .. 27 and not married yet while ‘ex’es are happily married .. tapi in shaa allah ada jodoh untukku .. amin

    0

    0
  20. Nina says:

    Biar lambat asal selamat Insyallah. Kepada para wanita, jangan risau sgt klu jodoh lambat. Itu semua ketentuan Nya. Tapi jangan pula tutup peluang or choose to be single. Peduli la apa orang nak ckp. Mulut org sampai bila pun x boleh tutup. Keep your options open. In the meantime, yang kerja, buat kerja baik2, yang belajar, habiskan dulu. Cari pengalaman, learn about life, be happy. Yang penting doa pada Allah untuk yang terbaik.

    0

    0
  21. Hhhhhhh says:

    Hahaha

    0

    0
  22. me says:

    Allah tau bila hambaNya benar2 telah bersedia..sabar n perbaiki diri..smg cepat bertemu jodoh ya ;)

    0

    0
  23. Miss K says:

    Dalam kes ni aku bersyukur sangat yang mak ayah aku takde nak bising-bising kat aku yang nak masuk 26 ni tapi tak kawen-kawen lagi. Makcik2 aku pun sama sebab cousins atas aku ramai yang tak kawen lagi. Hhahhahaa. Siapa yang taknak kawen wehhh. Dah Allah tak izinkan lagi, buat lah cemana pun, tak dapat jugak. Usaha, doa, serah je kat dia. Yang penting kita hidup ni takde nak menyusahkan sesiapa.

    0

    0
  24. Barcelona says:

    Zzzzzzz

    0

    0
  25. el says:

    manusia diciptakan hidup berpasangan. ketakutannya bukan karena pandangan masyarakat,tapi karena saat perempuan sudah berusia 30 keatas, tingkat kesuburannya semakin menurun nak punya anak, tenaga makin berkurang, belom lagi saat nak pregnant dan melahirkan nanti. nak harapkan lelaki bujang yang sudah setlle masa depannya susah nak cari, itulah kekurangan perempuan lajang usia lanjut ni

    0

    0
  26. Aida says:

    kalau ada..adalah. kalau takde ….kerja, simpan duit ke, buat pelaburan ke..atau jalan2, makan angin dgn famili …geng2 office yg sewaktu dgnnya.

    simple…why bother?

    0

    0
  27. Opis Girl says:

    jadi adartu tak kisah kut. janji x menyusahkan org, ada job dan bebas. tolong parents lagi bagus drp tolong laki yg belum tentu nk setia dgn kita….

    0

    0
  28. Ros says:

    Ketidakseimbangan gender antara lelaki dan perempuan. 1 lelaki 10 perempuan. Inilah padahnya. Best sgt ke kahwen nak kene jadi hamba rumah tangga while giving up everything you wanted. Terima je dan enjoy!

    0

    0
  29. Anonymous says:

    44, bakal kawin wiken ni. Sepanjang 44 idup bujang alhamdulillah ada rezeki bertamu ke rmh Allah, lihat tempat org. Now looking forward tuk jd wife org plak. A bonus i must say.

    Nasihat sy pd yg masih bujang, do enjoy yourself, think positive, ajal maut jodoh pertemuan rezeki semua dlm janji Allah. Urusan Dia, bukan urusan kita. Usaha, tawakal dan bersyukur dgn apa yg ada. Yg penting, pergantungan kita pd Allah dan redha Allah pd kita… selebihnya no 2.

    0

    0
    • Anonymous says:

      aku 45 tahun ni bakal kawin, dah few times dapat jemputan bertamu ke rumah Allah, dah banyak negeri jugak aku gi melancong, mampu beli Prada, Chanel, LV & etc. Ada hartanah sendiri dan kini walaupun dah terlewat akhirnya aku akan mendirikan masjid. Dapat zuriat atau tidak aku berserah pada Allah s.w.t.

      0

      0
  30. jiji says:

    bujang atau kwen, sama sahaja. tiap orang meniti kehidupan yang berbeza. Allah Maha Adil. yang sudah berkahwin, jangan anggap hidup lebih baik atau sempurna dari orang yang belum berkahwin begitu juga sebaliknya. hidup ini sementara. yang penting ketakwaan kepada Allah.

    0

    0
  31. KHASBUATBANGNARA says:

    Bang Nara.. i dah 31. I ni xde la burok sgt rupe cuma i pickie siket la bab2 cari husband ni.I sanggup jadi wife no 2 u. I tak kesah pon nak bmadu ngan wife u. Bang nara u ni kn very the my cup of tea taw. Very the my taste. Dgn spek mata u plus senyuman u tu.. x tido mlm i tau bang nara. I skg tgh imagine kita bdua honeymoon kt bali..jst kita bdua je. I bole bagi u anak byk. Lps kita kawen.. biar i jer tlg u handle blog ni. C bella ngan serenity tu kita singkirkan ajerr. Nnti i contact u kt email yer. Jgn pulakk x reply ye.

    0

    0
  32. andalusia andalas says:

    harap2 anak pompan nara x laku2 sibuk benar org x kawin2 ms tu rsla org panggil kat anak andartu…

    0

    0