Sanggup Tak Pakai Kasut Demi Ayda Jebat, Tindakan Nabil Mahir Raih Pujian Netizen

Hiburan

Sanggup Tak Pakai Kasut Demi Ayda Jebat, Tindakan Nabil Mahir Raih Pujian Netizen

Tindakan pengacara Nabil Mahir yang dilihat memberikan kasut yang dipakai kepada tunangnya Ayda Jebat yang difahamkan sakit kaki kerana memakai kasut tumit tinggi kini raih perhatian netizen.

Advertisement

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Ayda menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagramnya ketika hadir ke Anugerah MeleTOP Era (AME2020) tempoh hari.

Entri itu juga jelas kelihatan Ayda tampil menzahirkan rasa terharu dan berbangga kerana memiliki pasangan yang sanggup berkorban melakukan perkara sedemikian tanpa rasa malu.

“Terima kasih kerana membawa kegembiraan di hati saya, keindahan ke dunia saya dan cinta kepada hidup saya. Terima kasih kerana mencintai saya dengan sepenuh hati sayang. Posing macho, cuba swipe left. Hati selembut sutera. Lelaki kata, bukan takut bini tapi sayang bini. Terima kasih untuk semuanya Wuvv.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan Nabil yang disifatkan seorang lelaki bertangungjawab.

Bahkan beliau juga dipuji kerana sanggup melayan apa sahaja kerenah yang bakal isterinya itu mahukan.

Untuk rekod, susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Nabil dan Ayda telah mengikat tali pertunangan secara maya pada 28 April lalu. Malah pasangan iini juga telah mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 1 Januari depan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...