Keletah anak sulung kepada pelakon Datin Niena Baharun, Adiel Mikael yang kini berusia tiga tahun telah mencuit hati netizen apabila si cilik itu dilihat gemar mengaji Al-Quran pada lewat malam.
Perkara itu dikongsikan Niena atau nama sebenarnya Amaniena Baharun,28, di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Tambah Niena, Adiel sanggup menahan mata hanya kerana mengaji Al-Quran.
Dia buat perangai tak mahu tidur, sebaliknya hendak mengaji pukul 12 tengah malam. Walaupun dah suruh masuk tidur namun dia tetap degil nak mengaji.
Kata pelakon drama bersiri Jangan Benci Cintaku itu lagi, dia hanya melayan gelagat anak sulungnya itu meskipun dia masih belum fasih bertutur dengan lancar.
Niena juga meluahkan rasa syukur kerana Adiel semakin lancar membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan menganggap semua itu sebagai anugerah daripada Allah S.W.T.
Sekadar info, Niena telah mendirikan rumah tangga bersama dengan Datul Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Adiel Mikael dan Alyssa Marissa.