“Sanggup Shila Keluarkan Kata-Kata Kesat Pada Mak..” – Tak Lagi Berdiam Diri, Ini Respon Ibu Shila Amzah

Hiburan

“Sanggup Shila Keluarkan Kata-Kata Kesat Pada Mak..” – Tak Lagi Berdiam Diri, Ini Respon Ibu Shila Amzah

Tidak lekang dari mulut netizen baru-baru ini dibualkan isu kontroversi adik-beradik Shila Amzah yang berbalah kerana sebuah rumah milik mereka yang ingin dijual.

Setelah berdiam diri, akhirnya ibu kandung kepada penyanyi terkenal, Fauziah Sarman tampil dengan kenyataan di Instagramnya. Dalam kenyataan itu, dia meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan kejadian yang menimpanya yang sudah berusia ini dan turut hilang kata-kata.

Advertisement

Disebabkan rumah pusaka ni, tergamak Shila keluarkan kata-kata kesat pada mak. Tak tergamak mak nak tulis kata-lata tu. Emak dah tak kenal siapa Nurshahila lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

Bukan itu sahaja, dalam post yang sama itu juga, Fauziah berkata anak sulungnya itu lah yang telah membuka ruang untuk dirinya dimaki dan dicaci oleh orang ramai dalam live dibuat baru-baru ini.

Lebih-lebih lagi, Fauziah menafikan dakwaan bahawa dirinya telah memaksa Shila untuk berkerja sejak kecil. Katanya, itu semua atas kereleaan diri sendiri dan tanpa paksaan.

Shila sendiri yang melabel rumah keluarga itu sebagai ‘rumah pusaka’ dan biarlah kekal menjadi rumah mak, bila Abah tak ada, orang boleh sara mak. Itu janji Shila.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

Melalui status itu, nampaknya ibu penyanyi Patah Hatiku ini tidak boleh memaafkan anaknya lagi. Walaupun demikian, selang beberapa minit, apa yang dimuatnaik panjang lebar itu telah dipadam.

Masih lagi berada di tengah perbalahan anak-anak, ramai yang tertunggu-tunggu keputusan apakah yang bakal dibuat demi mengamankan isu keluarga ini.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shila amzah
1 year ago

Shila Amzah Nafi Halau Keluarga, Dedah Sebab Sebenar Jual Rumah - "Saya Nak Beli Kediaman Yang Lebih Baik, Saya Pikul Tanggungjawab"

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...