Sanggup Rentas Daerah Hanya Untuk Bersiar, Pasangan Kekasih Dikompaun

Trending

Sanggup Rentas Daerah Hanya Untuk Bersiar, Pasangan Kekasih Dikompaun

Sepasang kekasih dikenakan kompaun masing-masing RM 5,000 kerana didapati melakukan kesalahan merentas daerah tanpa kebenaran pihak polis. Mereka dipercayai melakukan hal tersebut hanya untuk keluar bersiar-siar.

Menerusi laporan Awani, kedua-dua individu berkenaan yang merupakan penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) menaiki sebuah kereta ditahan dalam sekatan jalan raya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan pagi tadi.

Advertisement

Deputi Supritendan Shahnaz Akhtar Haji selaku Ketua Polis Daerah Yan berkata pasangan muda itu melakukan kesalahan merentas daerah dari Kuala Muda ke Yan tanpa kebenaran polis.

“Pasangan berkenaan gagal menunjukkan sebarang permit pergerakan rentas daerah dan telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”

Difahamkan pasangan tersebut memberi alasan  datang ke daerah Yan untuk berjalan-jalan dan telah mengaku melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Susulan itu, pasangan berkenaan ditahan dan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...