Seorang lelaki bekas tentera yang berasal dari Rusia, Kirill Tereshin sanggup menyuntik minyak ke dalam lengannya supaya nampak seperti watak kartun Popeye. Video beliau menari sambil melakukan aksi shadowboxing bagi tujuan menunjuk-nunjuk lengannya yang lebar itu telah menjadi viral.
Walaupun ramai pakar yang telah memberi amaran di mana Tereshin berkemungkinan boleh lumpuh akibat penyuntikan itu, namun beliau tidak mengambil endah akan amaran tersebut. Pergelangan lengannya yang nampak kemerahan akibat pengambilan suntikan tersebut dilaporkan mempunyai saiz sebesar 61 sentimeter.
Minyak yang disuntik oleh Tereshin itu adalah merupakan sejenis minyak untuk meningkatkan kebesaran otot yang di panggil synthol. Dilaporkan Tereshin telah berjaya membesarkan otot lengannya itu sebanyak 25 sentimeter selepas 10 hari sahaja meninggalkan kem askar ketika musim panas.
Seorang pakar, Doktor Yuriy Serebryanskiny menyatakan bahawa ketaksuban Tereshin terhadap dunia bodybuilding ini dapat berakhir dengan satu kejadian yang tidak diinginkan. Kirill Sychev, seorang atlet angkat berat profesional juga bersetuju dengan kenyataan doktor Yuriy dan menyatakan juga bahawa rupa Tereshin nampak tidak sihat jika dibandingkan dengan dahulu.
Walaupun banyak mendapat kritikan dan amaran dari pelbagai pihak, Tereshin tiada hasrat untuk berhenti dari mengambil suntikan itu dan ingin meneruskan aksi bodybuilding dengan harapan suatu hari nanti beliau akan berjaya memecahkan rekod.
Video viral Tereshin ini juga telah membuka mata setengah pihak berkuasa akan bahayanya mengambil suntikan minyak synthol ini. Setakat ini jualan minyak synthol ini adalah “halal” di Rusia dan terdapat banyak jenama yang dijual di ruang internet.