Kecoh baru-baru ini mengenai kisah bekas suami kepada pempengaruh Jasmin Sopeah iaitu Muhd Fakha yang didakwa mengabaikan anak sendiri setelah bercerai.
Mengakui kekhilafan, Fakha berkata dia melakukan kesilapan dalam perkahwinannya sebelum ini namun tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap anaknya sendiri.
Kecoh pula hujung minggu lalu apabila Fakha memaklumkan dia dibuang kerja sebagai anggota bomba bantuan.
Menulis panjang lebar di Instagram, Fakha meluahkan rasa sedih kerana pekerjaannya itu adalah sumber rezeki dan punca pendapatan bagi menyara hidup dan membayar nafkah anak.
Dari 2018 sampai sekarang, kat situlah aku cari rezeki, titik peluh aku, bayar nafkah anak, and now semua tu hilang macam tu je. Berat nak terima.
Memang salah aku, aku akui. Tapi kenapa korang sanggup buat aku macam ni. Luka ni bukan sikit-sikit, hilang kerja, hilang rezeki, semua aku terima sorang-sorang.
Ini yang korang nak kan. Aku hilang kerja, hilang tempat cari rezeki. Gelaklah.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mempersoalkan tindakan Fakha menyalahkan netizen sedangkan ia adalah punca daripada perbuatannya sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.