Sanggup Ketepikan Hasrat Miliki Iphone 12 & PlayStation 5, Fizo Omar Belikan Ibu Skuter Elektrik

Hiburan

Sanggup Ketepikan Hasrat Miliki Iphone 12 & PlayStation 5, Fizo Omar Belikan Ibu Skuter Elektrik

Sanggup mengetepikan hajatnya untuk membeli gajet yang sedang hangat dan menjadi kegilaan ramai iaitu Iphone 12 dan PlayStation 5, pelakon dan usahawan terkemuka tanah air iaitu Fizo Omar tampil menghadiahkan ibunya, Hasnah Jidin sebuah skuter elektrik.

Advertisement

Menurut kenderaan itu boleh digunakan oleh ibunya untuk melakukan ibadat di surau.

Perkara itu dikongsi Fizo menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Hmmmm…Iphone 12, PS 5? Nanti la dulu.. Bila Mama gembira, dia boleh bawa pergi surau, makin kuat dia berdoa makin bertambah rezeki. Bukan setakat Iphone dan ps5, dengan kedai-kedai sekali boleh beli. Ameen insya-Allah.”

Ujarnya lagi, beliau amat berharap agar ibunya gembira dengan pemberian itu.

“Semoga perasaan Mama sama macam apa yang aku rasa waktu Mama belikan basikal masa dulu-dulu.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya seakan gembira dengan rezeki yang dikongsi bersama ibunya.

Malah, mereka juga dilihat tidak terlepas memuji tindakan bekas suami usahawan Mawar Karim itu yang sentiasa melayan  ibunya dengan baik.

Bahkan, ada juga yang jadikan jejaka itu sebagai contoh dan melabel Fizo sebagai seorang anak yang soleh dan bertanggungjawab.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...