Sanggup mengetepikan hajatnya untuk membeli gajet yang sedang hangat dan menjadi kegilaan ramai iaitu Iphone 12 dan PlayStation 5, pelakon dan usahawan terkemuka tanah air iaitu Fizo Omar tampil menghadiahkan ibunya, Hasnah Jidin sebuah skuter elektrik.
Menurut kenderaan itu boleh digunakan oleh ibunya untuk melakukan ibadat di surau.
Perkara itu dikongsi Fizo menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
“Hmmmm…Iphone 12, PS 5? Nanti la dulu.. Bila Mama gembira, dia boleh bawa pergi surau, makin kuat dia berdoa makin bertambah rezeki. Bukan setakat Iphone dan ps5, dengan kedai-kedai sekali boleh beli. Ameen insya-Allah.”
Ujarnya lagi, beliau amat berharap agar ibunya gembira dengan pemberian itu.
“Semoga perasaan Mama sama macam apa yang aku rasa waktu Mama belikan basikal masa dulu-dulu.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya seakan gembira dengan rezeki yang dikongsi bersama ibunya.
Malah, mereka juga dilihat tidak terlepas memuji tindakan bekas suami usahawan Mawar Karim itu yang sentiasa melayan ibunya dengan baik.
Bahkan, ada juga yang jadikan jejaka itu sebagai contoh dan melabel Fizo sebagai seorang anak yang soleh dan bertanggungjawab.