Sanggup Jual Anak Untuk Berlakon Video Lucah Demi Habuan RM140

Trending

Sanggup Jual Anak Untuk Berlakon Video Lucah Demi Habuan RM140

Satu insiden yang menggemparkan Indonesia sejak beberapa hari dimana tersebarnya video pornografi melibatkan perempuan dewasa dengan beberapa kanak-kanak lelaki di media sosial. Kerana kesempitan wang, ibu kanak kanak tersebut sanggup menjual anak mereka demi bayaran wang 300,000 rupiah (RM90) dan 500,000 rupiah (RM140).

Advertisement

Dalang pembikinan video itu, pengarahnya dilapor mendapat bayaran paling lumayan mencecah RM9,300, manakala pelakon wanitanya pula didakwa diberi bayaran sebanyak 800,000 rupiah (kira-kira RM240).

Mangsa kanak-kanak pula dilapor diberi upah sebanyak 800,000 rupiah (RM224).

Media tempatan melaporkan ada tiga video yang sudah tersebar: satu video panjang berdurasi 1 jam 11 minit dan dua video pendek masing-masing berdurasi 2 minit dan 2.5 minit.

Video panjang mempertontonkan adegan lucah di antara perempuan dewasa dengan dua kanak-kanak lelaki, manakala video pendek memaparkan adegan sama, namun dengan pelakon yang berbeza.

Pihak berkuasa Indonesia berjaya menemukan lokasi kejadian di dua hotel di Bandung dan sejumlah barang bukti dari bilik berkenaan telah disita.

Melalui analisis CCTV dan video yang tersebar, polis telah mengenal pasti tiga mangsa dan juga enam suspek terdiri daripada pengarah, pelakon serta dua ibu mangsa yang didakwa bersekongkol dalam insiden memalukan itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...