Sanggup Jalani 30 Prosedur Pembedahan Plastik Kerana Cinta

Trending

Sanggup Jalani 30 Prosedur Pembedahan Plastik Kerana Cinta

Seorang bintang YouTube dari Hong Kong, Berry Ng berusia 22 tahun sanggup lakukan 30 prosedur pembedahan plastik demi cinta terhadap teman lelakinya.

Advertisement

Menurut laporan China Press, beliau mengakui mengalami masalah kurang keyakinan diri sejak awal remaja lagi.

“Saya sering membandingkan diri saya dengan kecantikan yang dimiliki peragawati dan bintang terkenal. Saya tahu ia tidak patut tetapi saya tidak dapat halang diri saya,” katanya.

Perkenalan Ng dengan seorang lelaki yang sembilan tahun lebih tua tidak lama selepas itu, membawa Ng berjinak-jinak dengan pembedahan plastik. Tidak seperi pasangan lain, teman lelaki Ng mengatakan NG tidak cukup cantik.

“Dia kerap memuji gadis lain dan mengatakan saya tidak cukup cantik. Setiap kali saya melakukan prosedur pembedahan plastik, ia tetap tidak memuaskan hatinya.

“Saya melakukan prosedur di bahagian dahi, mata, pipi, hidung dan dagu. Namun dia tetap tidak memuji saya,”

Tambah Ng, jika dia mendapat pujian seperti yang diharapkan, dia akan berhenti melakukan kesemua prosedur itu. Kemuncaknya apabila Ng melakukan pembedahan payudara selepas teman lelakinya mengkritik ‘saiznya terlalu kecil’.

Namun ketika dia terlantar di hospital selepas pembedahan, teman lelakinya datang dan memarahinya, sambil mendakwa dia tidak pernah menyuruh Ng melakukan pembedahan itu. Kesabaran Ng sampai ke penghujung selepas melihat ibunya kerap menangis sewaktu menjaganya di hospital, lantas mengambil keputusan memutuskan hubungan.

Ditanya jika dia suka dengan penampilannya hari ini, Ng berkata, dia lebih suka wajahnya dahulu.

“Kalau saya mampu, saya akan lakukan apa sahaja untuk kembali ke masa silam dan hentikan kebodohan saya,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...