Penyanyi dan pelakon terkenal, Naim Daniel baru-baru ini telah berkongsi satu cerita yang menyayat hati penonton dan peminat ketika dijemput ke satu program podcast yang dihostkan oleh Amelia Henderson.
Pada awalnya, pelakon ini menceritakan bagaimana asal usulnya mula berlakon. Katanya, dulu keluarganya merupakan catering yang menyediakan makanan untuk pihak produksi. Lalu, dari situ Naim mula berkenalan dengan salah seorang pengarah yang menawarnya untuk berlakon.
Saya takde duit, miskin gila. Kat rumah sewa dulu sanggup cari duit syiling bersepah nak beli makanan.
Jumpa syiling tepi tong sampah, tepi mesin basuh, kumpul beli makanan.
View this post on Instagram
Pada masa yang sama, penyanyi lagu Sumpah ini turut berkongsi kesusahan yang dia hadapi dahulu semasa belajar di Universiti kerana keluarganya yang kurang berkemampuan.
Namun, kini Naim Daniel merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon muda yang dikenali ramai dengan bakat yang hebat dalam kedua-dua bidang seni tersebut.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.