Sanggup Buat Bariatrik Demi Dapatkan Zuriat Lepas 3 Tahun Kahwin, Suami Boleh Pula Curang – “Dia Kata Dia Sayang Betina Tu”

Kehidupan

Sanggup Buat Bariatrik Demi Dapatkan Zuriat Lepas 3 Tahun Kahwin, Suami Boleh Pula Curang – “Dia Kata Dia Sayang Betina Tu”

Tular di TikTok perkongsian seorang wanita yang berpisah dengan suami gara-gara orang ketiga. Dalam perkongsian itu, wanita dikenali sebagai Syidah Tat mendedahkan dia sanggup menjalani pembedahan bariatrik demi menurunkan berat badan untuk ikhtiar zuriat.

Tetapi, suami langsung tidak menghargai pengorbanannya dan memilih wanita yang baru tiga bulan dikenali di aplikasi TikTok.

Advertisement
tiktok

Takut jarum tapi nekad demi zuriat

Kongsi Syidah, sebelum pembedahan bariatrik berat badannya mencecah sehingga 152kg. Walaupun takut jarum, dia nekad demi ikhtiar zuriat yang sudah lama dinantikan.

Setahun juga Syidah mengambil masa untuk memujuk suaminya. Malah, suami pernah bergurau mahu mencari wanita lain jika Syidah kurus. Tetapi ternyata gurauan itu menjadi kenyataan.

tiktok

 

Dah bariatrik, suami curang

Menurut Syidah, dia telah disahkan ada masalah obstructive sleep apnea (OSA) dan polycystic ovary syndrome (PCOS) yang menyebabkan sukar untuk hamil.

Dia berusaha untuk mengurangkan berat badan demi kesihatan yang lebih baik tetapi siapa sangka suami tiba-tiba berpaling tadah.

tiktoktiktok

tiktok

Syidah minta untuk dilepaskan tetapi suami enggan menyebabkan Syidah jatuh talak 3 kerana melanggar taklik.

Dia juga disahkan hamil namun gugur tidak lama selepas itu. Walaupun kandungan tidak menjadi, Syidah bersyukur kerana Allah SWT memberinya peluang untuk merasai ‘garis dua’ bukti bahawa dia sebenarnya boleh mengandung.

tiktok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...