Sanggup Buat Apa Saja, Michael Ang Bergurau Nak Jual Maruah Demi Iphone 12 Yang Baru Dilancarkan

Hiburan

Sanggup Buat Apa Saja, Michael Ang Bergurau Nak Jual Maruah Demi Iphone 12 Yang Baru Dilancarkan

Sanggup buat apa saja, pengarah dan pelakon Michael Ang telah memuat naik sebuah video di ruangan Instagram miliknya yang memaparkan dirinya sedang bergurau dengan peminat gara-gara ingin memiliki Iphone terbaru yang baru sahaja dilancarkan kelmarin.

Dalam video tersebut, Michael Ang berkata dia ingin mendapatkan Iphone 12 Pro Max berwarna biru dengan storan 512 GB secepat yang mungkin.

Advertisement

Dalam nada tegas namun berseloroh, Michael memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan telefon pintar idamannya itu.

“Aku sanggup jadi apa-apa, jadi pelacur ke, jual maruah ke janji aku dapat phone tu pada 23 hari bulan. Kena dapatkan kat tangan aku. Siapa boleh bagi aku tu aku sanggup jer buat apa, please..”

Ketika meninjau ruangan komen, peminat rata-rata memberi reaksi terhibur akan gurauan pengarah terkenal itu.

Video tersebut difahamkan telah tular dan ditonton hampir 40,000 tontonan setakat ini. Sekadar info, syarikat antarabangsa Apple telah melancarkan telefon pintar keluaran terbaru iaitu Iphone 12 dengan pelbagai varian dan ada yang mencecah hampir RM7,000 seunit.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...