December 10th, 2019

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon popular menerusi beberapa filem aksi iaitu Hairul Azreen. Luarannya sahaja nampak ganas dan macho, tetapi sebenarnya dalam hati ada taman penuh dengan bunga-bunga kasih sayang dan cinta.  Ewah..

hairul azreen wira

Baru-baru ini, isterinya Hanis Zalikha memuji sikap Hairul yang begitu rajin menguruskan anak-anak mereka.

Sanggup bangun awal pagi, berjaga sepanjang malam demi menjaga anak kedua mereka Alisa Aisyah yang kini berusia tujuh bulan. Hanis menganggap suaminya itu adalah wira sebenar dalam keluarga mereka.

hairul azreen wira
Foto dua beranak itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka memuji kecomelan wajah Alisa yang tersenyum ceria.

Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan menimang cahaya mata pertama pada tahun 2016 iaitu Yusuf Iskandar yang kini berusia tiga tahun.

10 responses to “Sanggup Bangun Jam 4 Pagi Jaga Anak, Hanis Zalikha Anggap Suami Wira”

  1. Anonymous says:

    ye la ye la. laki dia sorg je jaga anak. laki org lain x jaga anak.

  2. Elle says:

    That’s not wira, stupid. That’s called parenting.

  3. Shah deraman says:

    Anak baru 2 blh laa sembang…aritu viral kot sorg laki jaga anak 6 orang termasuk isteri tgh pantang..relek je…mcm laa laki ko sorg buat mcm tu…bersepah je…beza nya ko artis sendu diorg x…hahahaha…

  4. Anonymous says:

    Dia tgh bodek laki dia…mne tau lps ni update g jln2 kat eroupe….family poyo mmg camni..

  5. Anonymous says:

    film wira tu apa kutipan skrg? mcm paskal ke? ku dah malas nk tengok dia ni berlakon waima orang kata best skalipun… sebab aku taknak bg dia duit belanja. time nak promote film barulah nk pandang org sekeliling… lepas tu megah mendongak ke langit!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini