Sanggup Bangun Jam 4 Pagi Jaga Anak, Hanis Zalikha Anggap Suami Wira

Hiburan

Sanggup Bangun Jam 4 Pagi Jaga Anak, Hanis Zalikha Anggap Suami Wira

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon popular menerusi beberapa filem aksi iaitu Hairul Azreen. Luarannya sahaja nampak ganas dan macho, tetapi sebenarnya dalam hati ada taman penuh dengan bunga-bunga kasih sayang dan cinta.  Ewah..

hairul azreen wira

Advertisement

Baru-baru ini, isterinya Hanis Zalikha memuji sikap Hairul yang begitu rajin menguruskan anak-anak mereka.

Sanggup bangun awal pagi, berjaga sepanjang malam demi menjaga anak kedua mereka Alisa Aisyah yang kini berusia tujuh bulan. Hanis menganggap suaminya itu adalah wira sebenar dalam keluarga mereka.

hairul azreen wira
Foto dua beranak itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Mereka memuji kecomelan wajah Alisa yang tersenyum ceria.

Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan menimang cahaya mata pertama pada tahun 2016 iaitu Yusuf Iskandar yang kini berusia tiga tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...