Stesen televisyen terkenal, TV3 baru-baru ini telah dikritik kerana menghasilkan video seruan azan menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI).
Mendakwa penciptaan mereka kali ini lebih segar dan inovatif, ‘footage’ laungan azan itu dilihat memaparkan visual ciptaan Allah S.W.T seperti laut, angkasa lepas dan juga janin dalam kandungan.
Setelah sekian lama azan di TV3 menjadi panduan harian umat Islam. Kini, memperkenalkan seruan azan versi baharu yang lebih segar dan inovatif, dengan penggunaan AI.
Azan baharu yang dibawakan dengan kemerduaan suara Sheikh Abdul Karim Umar Al Makki ini akan mula siaran mulai… pic.twitter.com/nM5RaThviy
— tv3malaysia (@tv3malaysia) January 15, 2025
Di beberapa bahagian video itu juga kedengaran bunyi yang dikatakan tiada kena mengena dengan laungan azan seperti bunyi robotik.
Seruan mengerjakan solat untuk umat Islam itu dibawakan oleh Sheikh Abdul Karim Umar Al Makki.
Menjengah ke ruangan komen, video tersebut rata-rata mengundang komen negatif netizen yang merasakan ia lebih baik dihasilkan dengan cara yang lebih ‘asli’ dan berjiwa bagi menunjukkan keindahan semula jadi ciptaan Allah S.W.T.
Malah, ada yang mendakwa, video yang dihasilkan oleh AI ini adalah haram kerana ia merupakan salah satu bentuk plagiarisma.
Sekadar info, satu kajian oleh Columbia University mendapati teknologi AI telah meningkatkan ‘carbon footprint kerana ia dijanakan menggunakan sumber tenaga yang cukup besar.
Seperti contoh, lebih 230 tan karbon dioksida digunakan untuk melatih satu model AI bagi model bahasa seperti laporan University of Massachusetts Amherst pada tahun 2019.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.