Kalau anda perasan baru-baru ini, kecoh apabila ramai yang katakan penyakit Polio sudah kembali di Malaysia. Dan nampaknya, ini bukanlah khabar angin sahaja kerana Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kes ini.
Kes melibatkan seorang bayi lelaki warganegara Malaysia berumur tiga bulan dari Tuaran, Sabah yang telah mengalami demam diikuti dengan lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital.
Advertisement
Bayi tersebut disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1) pada 6 Disember 2019. Kes ini adalah yang pertama direkodkan selepas tempoh 27 tahun, Malaysia bebas dari Polio. Seorang doktor dikenali sebagai Dr. Aen menjelaskan tentang penyakit Polio ini di laman Twitter miliknya.
Polio mudah merebak
Polio (atau nama panjangnya poliomyelitis), satu penyakit yang boleh beri komplikasi seumur hidup/kematian. Komplikasi tu, lumpuh seumur hidup.
Poliovirus ni sangat ditakuti sebabnya, dia mudah merebak. Cara dia merebak senang je. Dari cecair badan/najis. Sangat mudah merebak dari manusia ke manusia yang lain. Biasanya dia akan invade sel otak dan juga saraf tunjang. Sebab tu, pesakit boleh lumpuh.
Tapi macam mana dia boleh bawa kepada kematian? Sebab virus tu boleh lemahkan otot pernafasan jugak sampai pesakit tak boleh nak bernafas langsung.
— Dr. Aen | Alluskin (@aensaari) December 8, 2019
“Sebelum vaksin ada, ramai yang dah terkorban.”
Around tahun 1954-1955 baru vaksin polio ada. Bayangkan sebelum tu dah berapa ramai yang terkorban sebab polio. Yang hidup memang dalam keadaan yang menyedihkan. Ini contoh gambar pic.twitter.com/ehhS00iNiw
— Dr. Aen | Alluskin (@aensaari) December 8, 2019
We are so lucky to have IPV in our Malaysia’s immunization schedule. Kita memang tak nak jadi macam dulu. Polio ni satu kes pun memang dah jadi outbreak. So scary.

Kredit: Wired

Sejarah Polio
Pada awal abad ke-20, wabak polio menyerang masyarakat di Eropah dan Amerika Syarikat. Kes pertama di Amerika pada tahun 1894 dengan 132 kes dan selebihnya mengalami kecacatan kekal.

Antara kes terawal polio melibatkan saraf muka
Ratusan ribu orang dijangkiti dengan angka kematian mececah ribuan orang. Belum lagi dikira mereka yang mengalami kecacatan seumur hidup.
Pada waktu itu, sukar untuk saintis mengesahkan apakah virus yang melanda pesakit-pesakit ini. Hanya pada tahun 1950, saintis mengenali poliovirus selepas electron microscope wujud untuk digunakan.

Perubahan sel akibat jangkitan polio
Selepas vaksin diperkenalkan, kadar kes melibatkan polio berkurangan dan tahun demi tahun, banyak negara diisytiharkan bebas polio termasuk Malaysia. Hanya tiga negara sahaja yang tidak dapat dihentikan virus ini iaitu Nigeria, Pakistan, dan Afghanistan.
Tiada rawatan
Tiada rawatan khusus untuk merawat pesakit polio sebaliknya pencegahan melalui suntikan vaksin. Peralatan pernafasan diperlukan bagi pesakit yang mengalami kelumpuhan otot pernafasan. Terapi fizikal dilakukan untuk memaksimumkan fungsi otot selepas menjadi lumpuh bagi mencegah kecacatan lain yang muncul lewat.
Kes terakhir Polio di Malaysia adalah pada tahun 1992. Untuk mencegah penyakit ini, ibu bapa dinasihatkan memberikan imunisasi Polio yang lengkap kepada anak-anak sebagai langkah pencegahan.
Bagi kanak-kanak yang tidak pernah mendapat suntikan imunisasi, disarankan untuk pergi ke fasiliti kesihatan berhampiran.