Sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam di Malaysia yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara, Astro telah melancarkan pek hiburan yang sangat menjimatkan iaitu Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam!
Apa yang best dengan tawaran ini adalah, ia menawarkan pelbagai kandungan premium Astro, termasuk pelbagai saluran pilihan, program tempatan Astro, Astro Originals, dan hiburan on demand, serta akses Astro Go.
Lagi best, pek ini merangkumi pilihan untuk perkhidmatan penstriman, berita, pendidikan, sukan, filem, serta hiburan tempatan dan antarabangsa, sambil turut memaksimumkan bajet hiburan tau!
Kalau nak tahu apakah antara tawaran eksklusif yang anda sebagai penjawat awam boleh nikmati, meh sini kami kongsi.
Lebih Banyak Saluran Untuk Dipilih, Luangkan Masa Bersama Tersayang Dengan Tawaran Hebat Astro
Kenapa perlu bayar lebih untuk tonton saluran pilihan, kalau anda boleh dapatkan akses untuk lebih daripada 100 saluran dengan diskaun paling menjimatkan?
Dengan “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam”, terdapat dua pilihan yang anda boleh pilih mengikut kegemaran anda iaitu Pek Entertainment dan Pek Sports Astro One.
Menariknya, tawaran ini direka untuk menjadikan pek paling popular Astro lebih berpatutan dan mudah diakses untuk penjawat awam tau, dan ini termasuk penjimatan besar sehingga RM960! Wow, baguslah kalau macam tu.
Bukan itu saja, untuk anda yang mempunyai anak kecil, ini adalah tawaran terbaik sebab tawaran ini juga beri tontonan PERCUMA kandungan kanak-kanak (harga asal RM9.99) untuk akses kepada 6 saluran seperti Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies dan banyak lagi.
Kalau anda memang penggemar dengan hiburan, jangan lupa untuk langgan Pek Entertainment Astro One, eksklusif untuk penjawat awam dengan hanya RM39.99 sebulan (harga asal RM49.99) saja tau.
Menerusi pek ini, anda mempunyai akses kepada lebih 100 saluran tempatan dan antarabangsa, yang mana pelbagai rancangan popular yang anda boleh tonton seperti Big Stage Alpha, Dia Bukan Syurga, Seribu Tahun, Astro Originals First Wives dan banyak lagi.
Tambahan pula, dengan akses percuma untuk Astro GO, anda boleh strim kandungan kegemaran pada bila-bila masa, tak kira di mana saja anda berada.
Manakala, kalau anda sekeluarga memang meminati sukan, anda wajib dapatkan Pek Sports Astro One, yang mana pek ini mempunyai tambahan siaran langsung kandungan sukam termasuk Premier League, acara BWF, Liga Malaysia, Sepak Takraw League, Formula 1, MotoGP, Kriket, Tenis dan banyak lagi.
Paling penting, semua siaran ini anda boleh nikmati pada harga RM69.99 sebulan (harga asal RM99.00) saja tau! Banyakkan jimat?
Jadi, tunggu apa lagi? Siapa penjawat awam dekat sini, jangan lepaskan peluang dan daftar pek “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam” bermula sekarang! Klik DI SINI atau anda boleh WhatsApp di +60 3-9543 3838.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Astro, atau ikuti media sosial di Facebook atau Instagram.