Wajah tampan pada lelaki memang digilai ramai tetapi menjadi bonus adalah sikap dan keperibadian yang baik. Seperti Remy Ishak, beliau tetap menjalakan tanggungjawab menunaikan solat meskipun mempunyai jadual penggambaran yang padat.
Terbaru, seorang pengguna Twitter berkongsi pengalaman beliau solat jemaah dengan Remy di sebuah surau pusat membeli belah.
Individu tersebut tidak menyangka bahawa makmumnya ketika itu adalah Remy. Menurutnya lagi, Remy sangat kusyuk dan mengambil masa lebih daripada tiga minit untuk berdoa.
Pastinya Remy memang pujaan hati ramai gadis-gadis diluar sana. Boleh dijadikan contoh yang baik juga buat masyarakat. Sesibuk mana pun, jangan lupa solat.