“Sangat Halus, Ringan Di Mulut..” – Lulus Ujian, Cef Restoran Itali Puji Mentega Farm Fresh

Makanan

“Sangat Halus, Ringan Di Mulut..” – Lulus Ujian, Cef Restoran Itali Puji Mentega Farm Fresh

Sedia maklum, beberapa bulan lalu, jenama Farm Fresh telah meraih perhatian ramai susulan mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu mentega.

Terbaru, melalui platform TikTok, seorang cef daripada restoran Itali yang terkenal di Singapura, Cef Gero DiMaria dari Restoran Itali Kucina memuji mentega buatan Farm Fresh itu.

Advertisement

Mentega Farm Fresh dipuji oleh cef Itali

Cef tersebut mengatakan mentega Farm Fresh mempunyai kualiti yang bagus selepas mendapat keputusan beberapa hasil ‘ujian’ ciri-ciri mentega yang mempunyai kualiti baik.

Ujian pertama yang dilakukan oleh Cef Gero adalah ‘Melt Test’, di mana mentega itu dicairkan di atas periuk, lalu melihat percikan serta kandungan air di dalamnya.

Hasil keputusan ujian itu mendapati mentega Farm Fresh itu berkrim, menghasilkan buih-buih serta tidak mengeluarkan sebarang percikan.

Teksturnya sangat halus, ringan di mulut. Rasa masinnya, sangat sederhana.

Mentega yang bagus, lulus ujian

Selepas itu, cef berkenaan meletakkannya di atas roti untuk dimakan begitu saja dan selepas gigitan pertama, Cef Gero sememangnya ‘terpukau’.

Rasa masinnya terasa sedikit lebih kuat. Mentega yang bagus, kawan-kawan. Ia lulus ujian saya. Memang bagus.

Sekadar info, Cef Gero Dimaria merupakan seorang mualaf yang berasal dari Itali. Dia memiliki sebuah restoran halal di Singapura yang diberi nama Restoran Itali Kucina.

butter farm fresh
1 month ago

Netizen Teruja Harga Murah, 'Butter' Farm Fresh Dikatakan Setaraf Produk Antarabangsa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...