Pelakon dan usahawan terkenal, Fazura menarik perhatian ramai apabila tampil dengan wajah semula jadi tanpa solekan dalam perkongsian terbarunya di media sosial.
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 43, memuat naik sebuah video berdurasi hampir 9 minit yang memaparkan anak perempuannya, Fatima Aisya, bertindak sebagai jurusolek peribadi.
Dalam video tersebut, Fatima dilihat begitu teliti dan cekap memastikan ibunya tampil cantik di hadapan kamera, sekali gus mencuri perhatian ramai.
Rata-rata warganet memuji kejelitaan Fazura yang disifatkan tetap sempurna meskipun tanpa secalit solekan.
Dalam masa yang sama, Fatima turut menerima pujian kerana menunjukkan bakat dan kesungguhan sebagai jurusolek kecil kepada ibunya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.