“Sangat Bermakna Bro!” – Hafidz Roshdi Tersentuh Baca Nota Sharnaaz Ahmad

Hiburan

“Sangat Bermakna Bro!” – Hafidz Roshdi Tersentuh Baca Nota Sharnaaz Ahmad

Sebelum ini, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberi sokongan kepada rakan artis, Hafidz Roshdi yang kini sedang berdepan dengan ujian rumah tangga.

Menerusi hantaran di Insta Story, Sharnaaz berharap Hafidz segera mendapatkan kesembuhan dan kembali membetulkan apa sahaja kesilapan yang dilakukannya.

Advertisement

Bukan itu sahaja, pelakon filem Juvana itu meminta netizen untuk tidak ‘mencurah minyak pada api’ dan mengambil pengajaran serta perkara positif disebalik apa yang terjadi pada Hafidz.

Semoga dia kembali sihat dan isterinya kembali mencari kebahagiaan walau bukan bersama dia.

Tampil memberi respon, Hafidz mengucapkan terima kasih kepada Sharnaaz kerana memberi sokongan kepadanya untuk menjalani proses yang sukar ini.

As Salam Bro Sharnaaz, Terimakasih banyak-banyak Sahabatku kerana telah meluangkan masa untuk menulis nota.

Malah, Hafidz atau nama penuhnya Muhammad Hafidz Roshdi mengakui rasa terharu dengan nota yang ditulis oleh Sharnaaz.

Sangat bermakna bagi menjalani proses ini. I’m so touched Bro!

Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata itu turut mengucapkan terima kasih kepada rakan selebriti yang lain, peminat, ahli keluarga dan media yang sentiasa mendoakannya.

Hanya Allah SWT dapat membalas jasa kalian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Sahabat, Dunia Ni Kadang-Kadang Pelik..” – Sharnaaz Ahmad Harap Hafidz Roshdi Cepat ‘Sembuh’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...