Suami DIY Cermin Dinding Guna Kreativiti Sendiri Buat Permaisuri Hati

Kehidupan

Suami DIY Cermin Dinding Guna Kreativiti Sendiri Buat Permaisuri Hati

Bagi ruang yang sempit menggantung cermin adalah salah satu cara untuk mendapatkan lebih ruang secara ilusi.

Bagaimana? Dengan keupayaan refleksinya, cermin meningkatkan kadar cahaya dalam bilik tersebut. Lagi terang, lagi luas pemandangan dan begitu juga sebaliknya. Cermin juga akan menggandakan saiz dan kedalaman (depth) secara visual melalui imej yang berulang.

Advertisement

Seorang pengguna Facebook Wan Helmi Noordin menggunakan cermin di kedai Eco sebagai feature wall bagi memakbulkan permintaan isteri yang mengidamkan cermin seperti ini.

Mari kita lihat cara-cara yang dikongsikan beliau dengan sangat mudah dan juga murah.

Sekeping RM2.10 di kedai RM2. Beli ikut berapa keping nk pakai. Beli lebih takpa. Spare ganti yang pecah. Kena ulang kedai banyak kali sebab depa takda banyak stock. Gunting plastik kat belakang cermin cermat-cermat, jangan sampai calar ye.

Lukis kat dinding nak lekat macam mana. Kalau nak ada gap ukur siap-siap gap tu. Kalau malas nak potong. Lekat je terus 4 segi tepat.

Potong cermin guna pemotong cermin. RM7.50 ja kt Mr.DIY. Sapu minyak tanah sebelum potong. Cermin mata keselamatan kena pakai.

Mula la melekat ke dinding. Pastikan gam yang digunakan kuat yea. Saya gunakan brand Ace. Gam dia macam gam tikus.

Hampir siap. Cermin lebihan keci-kecil tu. Tindan kat bucu dia. Tak da dalam plan pun. Tapi lawa gak. So lekat semua bucu.

Last pieces akhirnya. Selepas 2 minggu. 

Frame saya beli online. Rubber bukan kayu. Berat nak mampoih habaq hang. Potong ngam pen knife jea. Kalu boleh guna frame kayu yea. Dato dh tersilap beli, so guna jugak la.

Spray warna coklat. Nak bagi nampak macam warna kayu.

Disebabkan terlampau berat. Tak boleh gam saja. Kena skru frame tu le dinding. Rosak cat aku.

Kena cat sekali lagi. Selepas palam lubang skru tadi. Nak ambil hati bini tak susah pun. Cat lebih tu tulis 2/3 patah ayat romantik sikit. Bagi dia teringat setiap kali tengok cermin tu. Hehehe.

Siap juga akhirnya. Cuci cermin dengan glass cleaner guna surat khabar. Berkilat baq hang.

 

Apalagi jka anda nak makbulkan permintaan isteri, buatlah sendiri barulah si isteri hargai pengorbanan kita untuk dia.

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...