Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Sandal ‘Muslim-Friendly’ Tidak Dianggap Tunggang Agama..” – Ustazah Asma Harun

Asma Harun

Turut tidak ketinggalan untuk memberi sedikit pendapat, pendakwah terkemuka, Ustazah Asma Harun berpendapat bahawa kontroversi selipar mesra muslim ataupun ‘muslim-friendly’ itu hanyalah salah faham dan tidak perlu dianggap sebagai ‘menunggang agama’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Asma HarunSumber : Google  

Kata Asma lagi, perkara tersebut menjadi kecoh kerana ianya bergantung kepada kefahaman seseorang dalam isu berkenaan.

Advertisement

Ujar pendakwah ini lagi, dia beranggapan bahawa perkara tersebut hanyalah sesuatu yang biasa dan tidaklah sampai ke peringkat untuk menggelarkannya sebagai penunggang agama atau menyalahi syariat.

“Pada saya, maksud disampaikan ialah selipar itu lebih kepada ‘muslimah friendly’ khusus bagi wanita yang memakai stokin..” kata Asma.

Terdahulu, netizen telah tampil mempertikaikan penggunaan terma ‘muslim-friendly’ yang digunakan sebuah jenama selipar yang telah bekerjasama dengan aplikasi islamik  The Noor milik selebriti terkenal, Neelofa.

neelofa muslim-friendlySumber : Instagram Neelofa  

Perkara tersebut menurut netizen dilihat sebagai mengambil kesempatan menggunakan ayat-ayat islamin hanya dengan tujuan untuk meraih keuntungan.

Dalam pada itu, Ustazah Asma Harun sempat memberikan pesanan kepada golongan selebriti agar lebih bertanggungjawab dengan segala perkongsian yang diberikan agar tidak mencetuskan salah faham dan kontroversi.

“Apabila kita buat sesuatu dan mendapati positif lebih banyak daripada negatif, teruskan. Tapi apabila kita tengok ia 50-50, mula muhasabah diri dan betulkan semua niat kita. Walaupun kita kata itu hak peribadi, tapi kalau betul hak peribadi, simpan ia sebagai peribadi..” – Ustazah Asma Harun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

16 Comments

  1. f

    April 12, 2021 at 1:29 am

    SY BERPENDAPAT USTAZAH TIDAK PERLU MASUK CMPUR. ISU NI TGH HOT SKRG. NANTI DGN USTAZAH SKLI TERKENA. ADA SBB KNPA NETIZEN CKP NEELOFA TUNGGANG AGAMA. NETIZEN TAK BODOH YA. CEO DAN OWNER COMPNY FIPPER ADALAH ORG CINA. SELIPAR YG DIJUAL TU, MMG MEREKA DH ADA DESIGN YG SMA SBLM NI. TP MEREKA COLLABORATE DGN LOFA, DAN LTKKN SIMBOL NAMA N KAT ATS SELIPAR TU. ORG CINA MMG BIJAK BT MARKETING. YG BODOH ORG MLYU SBB DPERGUNAKAN. RENUNG2 KAN

    • tecit

      April 12, 2021 at 11:22 am

      setujuuuuu sgt.

  2. ATTENTION SEEKER

    April 11, 2021 at 4:12 pm

    DEANNA MANTO NI TAK ABIS ABIS DIA PUNYA STORY DARI ZAMAN ANAK DARA, KE J MODEL SAMPAI ANAK DAH BERDERET TIGA… ADA JE NAK MENYELIT… ADA ORANG LAIN NASIB MEREKA LEBIH TERUK LEBIH MALANG DEANNNAA OI…. TAKDE PUN DORANG NAK KE HULUR KE HILIR SEEKING ATTENTION!

    USTAZ USTAZAH PAT SINGAPURA DAH KUREEEENNNNNGGGG KE SAMPAI KAU NAK CERITA KAU NYER NASIB SAMPAI KE MESIAAAAA??? USTAZAH DAN USTAZ YG POPULAR PAT ARAB TAK NAK CERITA KAU NYER PERJALANANNNN HIDUP????

  3. Anonymous

    April 11, 2021 at 10:52 am

    Fitnah yang sgt besar buat ustazah. Dosa yang awak dapat lebih besar dr dosa membunuh siapa pun awak disebalik comment itu. Kita semua tak tau awak siapa tapi Allah tau. Cepat cepat istighfar dan bertaubat. Banyak lagi dosa lain x perlu tambah dosa memfitnah. Semoga diberi hidayah, jangan sebab tak suka sorang selebriti, semua nak dikafirkan dan difitnah

  4. Ustazah jadian la kut ni .... Dah dictundukkan ke ?

    April 10, 2021 at 12:24 pm

    Ustazah pun muka tunggang agama ..diam la … Berapa harga bulanan di bankin ?

    • Anonymous

      April 11, 2021 at 2:16 am

      Bertaubatlah sebelum terlamat, ustazah pun boleh dimaki mcm tu. Manusia jenis apa ni? Hati dh hitam takde siapa boleh tolong. Saya doakan Allah beri hidayah. Amin

    • Emanon

      April 11, 2021 at 7:52 am

      Hanya sebab awk tak suka selebriti tu. Awk nak tuduh ustazah ni mcm tu. Awk ni yg manusia jadian kot. Istighfar byk2 kakak/abang/adik. Siapa jua dirimu disebalik keyboard itu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top