“Sandal ‘Muslim-Friendly’ Tidak Dianggap Tunggang Agama..” – Ustazah Asma Harun

Hiburan

“Sandal ‘Muslim-Friendly’ Tidak Dianggap Tunggang Agama..” – Ustazah Asma Harun

Turut tidak ketinggalan untuk memberi sedikit pendapat, pendakwah terkemuka, Ustazah Asma Harun berpendapat bahawa kontroversi selipar mesra muslim ataupun ‘muslim-friendly’ itu hanyalah salah faham dan tidak perlu dianggap sebagai ‘menunggang agama’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Asma HarunSumber : Google  

Kata Asma lagi, perkara tersebut menjadi kecoh kerana ianya bergantung kepada kefahaman seseorang dalam isu berkenaan.

Advertisement

Ujar pendakwah ini lagi, dia beranggapan bahawa perkara tersebut hanyalah sesuatu yang biasa dan tidaklah sampai ke peringkat untuk menggelarkannya sebagai penunggang agama atau menyalahi syariat.

“Pada saya, maksud disampaikan ialah selipar itu lebih kepada ‘muslimah friendly’ khusus bagi wanita yang memakai stokin..” kata Asma.

Terdahulu, netizen telah tampil mempertikaikan penggunaan terma ‘muslim-friendly’ yang digunakan sebuah jenama selipar yang telah bekerjasama dengan aplikasi islamik  The Noor milik selebriti terkenal, Neelofa.

neelofa muslim-friendlySumber : Instagram Neelofa  

Perkara tersebut menurut netizen dilihat sebagai mengambil kesempatan menggunakan ayat-ayat islamin hanya dengan tujuan untuk meraih keuntungan.

Dalam pada itu, Ustazah Asma Harun sempat memberikan pesanan kepada golongan selebriti agar lebih bertanggungjawab dengan segala perkongsian yang diberikan agar tidak mencetuskan salah faham dan kontroversi.

“Apabila kita buat sesuatu dan mendapati positif lebih banyak daripada negatif, teruskan. Tapi apabila kita tengok ia 50-50, mula muhasabah diri dan betulkan semua niat kita. Walaupun kita kata itu hak peribadi, tapi kalau betul hak peribadi, simpan ia sebagai peribadi..” – Ustazah Asma Harun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...