Samun Wanita Di Lampu Isyarat, 2 Penyamun Parah Dipercayai Dikejar & Dilanggar Mangsa

Trending

Samun Wanita Di Lampu Isyarat, 2 Penyamun Parah Dipercayai Dikejar & Dilanggar Mangsa

Seorang wanita dipercayai nekad melanggar motosikal yang dinaiki dua penyamun dengan kereta yang dipandunya sejurus dia disamun ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat berhampiran Evolve Mall di Ara Damansara.

Advertisement

Kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 3.30 pagi.

Mangsa, yang memandu kereta jenis Volkswagen Bettle secara bersendirian dikatakan telah berhenti di persimpangan lampu isyarat itu sebelum muncul sebuah motisikal Kawasaki Ninja berhenti di sebelah kiri keretanya.

Sebelum lampu isyarat bertukar hijau, secara tiba-tiba salah seorang dari dua suspek bertindak memecahkan cermin tingkap di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan mengambil beg komputer riba mangsa sebelum melarikan diri.

Menurut laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mangsa yang berang kemudian mengejar motosikal suspek.

“Mangsa dipercayai berjaya mengejar motosikal suspek dan seorang saksi yang juga pengawal keselamatan yang sedang bertugas di premis berhampiran terdengar dentuman kuat.

“Pengawal terbabit kemudian dengar suara wanita menjerit ‘perompak’ sebanyak tiga kali sebelum bergegas ke tempat kejadian dan nampak dua lelaki jatuh daripada motosikal. Seorang daripada mereka cuba melarikan diri ke arah sebuah kantin di tapak pembinaan berhampiran,” katanya.

Namun, pengawal keselamatan itu berjaya menangkap kedua-dua suspek sebelum menghubungi pihak polis.

“Kedua-dua suspek yang cedera parah dalam kejadian itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan, manakala mangsa tidak cedera.

“Suspek adalah lelaki tempatan dan masing-masing berusia 26 tahun. Semakan mendapati mereka berdua mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...