Samsung Tawarkan Servis Perkhidmatan Percuma Membasmi Kuman Untuk Pemilik Telefon Pintar

Teknologi

Samsung Tawarkan Servis Perkhidmatan Percuma Membasmi Kuman Untuk Pemilik Telefon Pintar

Perkembangan penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan semua masyarakat telah mengambil isu serius berkenaan tabiat penjagaan kebersihan peribadi untuk membendung penyebaran wabak ini. Begitu juga dengan barang peribadi anda, telefon bimbit. Hampir 24 jam telefon bimbit berada dalam genggaman kita, kuman mudah merebak terhadap sentuhan di permukaan yang selalu disentuh.

Oleh itu, Samsung Malaysia telah menawarkan perkhidmatan membasmi kuman Galaxy secara percuma di semua pusat khidmat Samsung di seluruh negara.

Advertisement

Samsung

Menurut laman web Samsung Malaysia, perkhidmatan percuma  untuk membasmi kuman adalah dengan menggunakan cahaya UV-C yang membersihkan peranti anda tanpa menggunakan bahan kimia yang keras. Pembuat telefon pintar Korea telah menguji peranti pembersihan di pusat khidmat mereka dan di kedai terpilih untuk memastikan bahawa cahaya UV-C tidak menyebabkan kerosakan dalaman pada telefon anda.

Perkhidmatan membasmi kuman ditawarkan secara percuma dan boleh didapati di setiap Pusat Perkhidmatan Samsung di Malaysia.

Selain itu, perkhidmatan ini juga boleh didapati untuk semua peranti mudah alih termasuk pengguna bukan Samsung selagi anda pergi ke pusat servis Samsung terdekat anda.

Samsung telah menekankan bahawa sinaran pembasmi kuman UV-C adalah peranti pihak ketiga dan keberkesanannya mungkin berbeza-beza bergantung kepada model telefonyang terdapat di pasaran.

Terdapat juga catatan yang menyatakan bahawa keputusan mungkin berbeza-beza dan ia tidak boleh membunuh semua bakteria, kuman dan virus. Namun, ini merupakan antara inisiatif pihak Samsung untuk memastikan segala peranti anda bebas kuman.

membasmi kuman

Sekiranya anda ingin membersihkan Samsung Tablet dan Galaxy Smart Watch anda, perkhidmatan ini hanya tersedia di The Garden and Pavilion sahaja.

Baru-baru ini juga Apple telah memperkenalkan satu alternatif untuk membasmi peranti anda seperti tablet dan telefon bimbit dengan menggunakan kain lap pembasmi kuman. Apple mengesyorkan menggunakan kain lap 70% isopropyl alcohol atau Clorox Disinfecting Wipes. Penggunaan bahan kimia dan agen pembersihan yang keras boleh menyebabkan kerosakan pada peranti anda.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...