Samsung Tampil Dengan Telefon Pintar 4 ‘Mata’

Trending

Samsung Tampil Dengan Telefon Pintar 4 ‘Mata’

Tahun ini menjadi tahun yang meriah bila banyak syarikat pengeluar telefon pintar berlumba-lumba mengeluarkan model terbaru mereka dengan pelbagai teknologi terkini dan tercanggih.

Antara spesifikasi yang menjadi tumpuan adalah kamera telefon pintar yang hebat serta canggih sehingga mampu menghasilkan kualiti gambar yang setanding kamera dslr.

Advertisement

Yang paling popular sekarang ialah telefon pintar yang dilengkapi fungsi dual camera dan Ai untuk selfie yang lebih menarik serta flawless.

Tidak mahu ketinggalan, syarikat pengeluar barangan eletronik dan telefon pintar popular, Samsung akan melancarkan Samsung Galaxy A9 pada November depan di Malaysia. Baru-baru ini mereka telah memperkenalkan peranti ini dan yang paling menarik, peranti ini dilengkapi dengan empat kamera utama di bahagian belakang telefon tersebut.

Samsung telah mengadakan satu majlis Unpacked Samsung Galaxy A9 di Kuala Lumpur dan ia merupakan telefon pintar dengan empat kamera seperti itu yang pertama di dunia.

Peranti ini akan menggunakan sistem cip lapan teras( 4x 2.2GHz + 4x 1.8GHz) dengan sokongan memori sebesar 6GB RAM.

Skrinnya bersaiz 6.3-inch (AMOLED display). Turut dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 660 processor, 128GB dalaman  disamping slot kad mikroSD sehingga 512GB berasingan.

Ini bermakna pengguna boleh menggunakan dua kad sim bersama satu kad mikroSD.

Kamera depannya 24 Megapixel dan bateri pula berkuasa sebanyak 3,800mAh.

Kenapa empat kamera?

Soalan yang pasti ditanyakan ialah perlu ke ada sampai empat kamera?

Jawapan Samsung semestinya ya, perlu!

Sistem Quad kamera

Sistem kamera belakang Samsung Galaxy A9 terdiri daripada Kamera Sudut Lebar Ultra, Kamera Telephoto, Kamera 24MP dan Kamera Kedalaman (depth).

Kamera utama pada bahagian belakang adalah gabungan 24+10+8+5 Megapixel. Kamera utama 24-Megapixel adalah untuk mod tangkapan biasa dengan lensa f/1,7, Kamera 10-Megapixel untuk zoom optikal 2X dengan lensa f/2.4. Satu kamera 8-Megapixel lensa sudut lebar 120 darjah f/2.4 dan akhir sekali sensor kedalaman 5-Megapixel f/2.2.

Ini membolehkan pengguna merakam foto dinamik dan cantik dengan mudah.

Dengan kamera empat kanta, menjadikan pengalaman lebih menarik untuk anda mengekspresikan kreativiti, merakam, mencipta dan berkongsi imej yang menakjubkan.

Turut disertakan ialah sistem Scene Optimiser pada aplikasi kamera dan juga Always On Display. Terdapat juga sistem nyahkunci menggunakan wajah serta pengimbas cap jari pada panel belakang.

Sistem operasi untuk Samsung Galaxy A9 ini ialah Android 8.0 Oreo.

Pihak Samsung mengataka yang Galaxy A9 2018 ini akan dilancarkan secara rasmi pada bulan November nanti dengan tiga variasi warna iaitu Caviar Black, Lemonade Blue dan Bubblegum Pink.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...