Samsung Perkenal Telefon Pintar Boleh Lipat Galaxy Fold, Bakal Dijual Pada April Ini

Trending

Samsung Perkenal Telefon Pintar Boleh Lipat Galaxy Fold, Bakal Dijual Pada April Ini

Samsung hari ini memulakan acara Unpacked mereka dengan memperkenalkan telefon pintar boleh-lipat mereka yang boleh dilipat, dinamakan sebagai Samsung Galaxy Fold.

samsung

Advertisement

Galaxy Fold hadir dengan skrin 7.3-inci yang mana boleh dilipat menjadi telefon bersaiz 4.6-inci. Ini membolehkan pengguna menggunakannya dalam bentuk tablet atau telefon pintar. Dalam mod tablet juga, pengguna boleh membuka sehingga tiga aplikasi serentak sekaligus memudahkan lagi proses multi-tugasan.

samsung

Selain itu, Samsung turut menjelaskan telefon tersebut dilengkapi cip 7nm bersama-sama dengannya, selain memori sehingga 12GB RAM. Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 4380mAh dan storan 512GB berasaskan UFS 3.0 bersama-sama dengannya.

samsung

Untuk rakaman gambar, Galaxy Fold dilengkapi tri-kamera belakang, dwi-kamera hadapan, dan satu kamera Single Cover, sekaligus membolehkan pengguna merakamkan gambar dalam pelbagai mod peranti tanpa ketinggalan sebarang detik penting.

Samsung akan menawarkan telefon pintar ini bermula bulan April di Amerika Syarikat pada harga $1980 iaitu sekitar RM8051.

Sumber Berita: The Verge

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...