Samsung Galaxy Tab 10.1 Sudah Tiba Bersama Celcom Broadband

Hiburan

Samsung Galaxy Tab 10.1 Sudah Tiba Bersama Celcom Broadband

Apa yang best sangat Samsung Galaxy Tab 10.1 nie sampai Abang Nara tak habis-habis nak promote? Memang banyak ke”best”annnya dan paling bes sudah tentulah ianya didatangkan secara ekslusif bersama Celcom, network provider yang paling luas di Malaysia. Harga yang ditawarkan pun bersama plan Celcom Broadband pun sangat-sangat berbaloi.

samsung celcom gtab

Advertisement

Meh Abang Nara terangkan apakah kehebatan Samsung Galaxy Tab 10.1 ini unuk buat anda lebih teruja:-

1. Tablet paling NIPIS, paling RINGAN dan paling PANTAS di dunia ini.
samsung celcom gtab

Ringan tahap boleh letak dalam beg tangan dan tak rasa apa-apa. Laju pun laju walaupun banyak application yang dibukak. Dan paling penting, alau korang memang internet junkie, blogger, vlogger atau memang tak boleh hidup tanpa internet, gabungan Samsung Galaxy Tab 10.1 yang ringan dan Celcom Broadband adalah yang terbaik. Nampak cool doo online guna tablet nie.

2. Speaker,kamera dan skrin yang awesome gila!!

samsung celcom gtab

Tablet-tablet yang ada di dunia ini kebanyakannya lemah dari segi sound system, kamera dan paparan pada skrin. Tapi masalah ini tak ada untuk Samsung Galaxy Tab 10.1 Kamera ada depan(3 mega piksel) dan belakang (1.5 mega piksel). Speaker pun ada kiri dan kanan so bunyi dia lebih surround. Dan skrinnya memang cantik dan jelas seperti di atas.

3. Bateri yang tahan lama

samsung celcom gtab

Semasa tempoh percubaan Samsung Galaxy Tab 10.1 selama seminggu baru-baru ini, Abang Nara memang guna kaw-kaw punya menatang tablet nie. Main game, tengok YouTube, bukak website, dan macam-macam lagilah. Dan ketahanan baterinya boleh dikatakan sangat-sangat mengkagumkan. Kalau setakat online biasa-biasa, boleh tahan lebih daripada 24 jam. Kalau sekadar dengar lagu, sampai 72 jam leh tahan. Tapi kalau buat kerja agak berat, mungkin sekitar 9-12 jam ketahanannya.

Kesimpulannya, walaupun ada sedikit kelemahan daripada segi “lagging” apabila terlalu banyak application yang dibukak (ini adalah sebab OS yang digunakan), Samsung Galaxy Tab memang wajar dibeli jika anda ada duit raya lebih nanti. Value for money dia memang sangat-sangat berbaloi. Dan pastikan korang beli Samsung Galaxy Tab ini bersama dengan Celcom sebab Celcom ada tawarkan pakej seperti di bawah:-

samsung celcom gtab

Selalu ramai orang bagitau kat Abang Nara kenapa nak kena beli dengan pakej sekali, buat rugi je kena terikat kontrak sampai 2 tahun. Bagi Abang Nara, tak rugi pun kalau terikat kontrak. Contohnya kalau anda beli Samsung Galaxy Tab bersama pakej Celcom Broadband nie, korang boleh online di mana-mana tanpa perlu susah payah nak cari Wifi free. Lagipun Celcom punya coverage memang paling luas di Malaysia, so kalau balik kampung pun for sure ada line dan boleh stay connected to the Internet. Tak gitu?

sg tab

Kalau sekadar nak poser depan awek konon ada Samsung Galaxy Tab 10.1 tapi tak boleh online buat apa kan? So jangan jadi mat poser dan belilah tablet ini bersama dengan plan Celcom. Confirm berbaloi-baloi. Boleh dapatkan di mana-mana Celcom Branch, BlueCube dan authorized Celcom dealer. Harga bermula daripada RM1468. Not bad kan?

sg tab

Untuk lebih info, sila ke laman web Celcom Smartphones.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...