Pertengahan bulan Mei yang lalu, Abang Nara dan wife telah diterbangkan ke Sydney oleh AirAsia X untuk melihat sendiri keindahan Vivid Sydney. Abang Nara turut membawa sebuah Samsung Galaxy S4 yang dipinjamkan oleh Samsung untuk menjadi peneman kami sepanjang berada di sana.
Abang Nara tidak sempat nak “explore†fungsi-fungsi S4 dengan lebih mendalam ketika berada di Sydney. Namun apa yang Abang Nara dapat katakan ialah kualiti gambar yang diambil menerusi adalah sangat awesome. Memang terbaik walaupun di waktu malam.
Abang Nara paling suka apabila mengambil gambar makanan dengan menggunakan kamera Samsung Galaxy S4. Memang sharp. Terserlah kesedapan dan keenakan makanan tersebut. Boleh terus upload dan share di Instagram untuk tatapan followers Abang Nara.
Lagi best ialah setiap gambar yang diambil boleh disimpan di dalam album ciptaan Abang Nara sendiri. Senang nak ingat. Contohnya ketika Abang Nara dan wife dibawa melawat Sydney Harbour, kesemua gambar yang diambil ketika itu telah diletakkan di dalam album “Sydney Harbourâ€. Jadi lebih tersusun dan lebih mudah untuk diingat.
Video yang diambil menggunakan S4 juga sangat bermutu tinggi. Abang Nara sempat rakamkan detik-detik ketika Sydney Opera House dilimpahi dengan pancaran cahaya yang menarik. Memang sangat jelas video yang dirakam. Korang tengok sendiri lah kat bawah ini.
Selain itu, Abang Nara juga sempat gunakan applikasi S Health yang telah disediakan di dalam Samsung Galaxy S4. Menarik sangat sebab setiap langkah perjalanan Abang Nara akan dikira. Setiap pagi sebelum memulakan “tourâ€, Abang Nara akan hidupkan S Health. Ada sehari tue sampai 15,000 direkodkan. Mana taknya, berjalan kat Centenial Park pun rasa-rasanya dah 1,000 langkah.
Abang Nara agak kecewa juga kerana tidak sempat menggunakan beberapa fungsi lain di dalam Samsung Galaxy S4 seperti S Voice Drive, Sound & Shot dan Smart Pause . Namun berdasarkan pengalaman seminggu menggunakan smartphone ini, bagi Abang Nara, Samsung Galaxy S4 berada di kelasnya yang tersendiri. Kalau ada duit lebih, memang Abang Nara akan beli satu untuk kegunaan sendiri di masa hadapan.
Terima kasih Samsung Galaxy S4 kerana menjadi teman pendamping kami berdua sepanjang berada di Sydney. Kalau korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang smartphone yang telah terjual lebih 10 juta unit ini, layarilah Facebook Samsung Malaysia dan laman web Samsung.