Samsung Galaxy S4 Dilancarkan Esok Di Malaysia

Hiburan

Samsung Galaxy S4 Dilancarkan Esok Di Malaysia

Selaku full time husband, menjawap SMS atau bercakap di dalam telefon ketika menjaga anak adalah satu perkara yang sukar. Takut-takut anak terjatuh daripada dukungan atau anak hilang entah ke mana akibat terlalu leka melihat telefon. Memang merbahaya.

samsung galaxy s4

Advertisement

Sebab itulah ketika menjaga anak, Abang Nara memang jarang memeriksa SMS, email dan panggilan telefon yang masuk. Tunggu sampai Aariz tidur dulu baru buat semua itu. Itu yang kadang-kadang kena marah sebab lambat jawab email dan SMS. Namun semua itu akan berubah dengan kehadiran fungsi S Voice Drive di dalam Samsung Galaxy S4.

samsung galaxy s4

Bukan sahaja boleh jawab panggilan telefon, Abang Nara turut boleh menyusun mesej yang ada, meminta bantuan GPS dan macam-macam lagi sambil mata tidak lepas daripada memerhatikan gelagat Aariz. Maksudnya fokus Abang Nara masih 100% terhadap si anak dengan bantuan S Voice Drive ini. Kagum kan?

samsung galaxy s4

Dan satu lagi fungsi yang membuatkan Abang Nara tak sabar-sabar untuk membeli Samsung Galaxy S IV ialah S Health. Almaklumlah umur Abang Nara dah masuk 30-an. Jadi dengan adanya S Health ini, Abang Nara boleh pantau pemakanan, kalori yang diambil, tekanan darah dan macam-macam lagi. Senang cerita, S Health akan membantu Abang Nara untuk kehidupan yang lebih sihat dan bermutu tinggi.

samsung galaxy s4

Tak sabar rasanya untuk merasai sendiri kehebatan fungsi-fungsi baru di dalam Samsung Galaxy S IV. Abang Nara sekarang setiap hari pergi ke laman Facebook Samsung Malaysia untuk mengetahui info terkini tentang tarikh pelancaran smartphone yang terhebat ini. Memang excited gila dibuatnya. Anda pula bagaimana?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...