Samsung Galaxy S4 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM2199

Trending

Samsung Galaxy S4 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM2199

Samsung Malaysia telah melancarkan peranti Samsung Galaxy S4 pada hari ini dan Celcom, DiGi, Maxis dan juga UMobile juga menawarkan peranti ini selain beberapa pengedar Samsung yang lain. Peranti tersebut dijual pada harga RM2199 di Malaysia, dan ditawarkan pada pelan dan pakej khas daripada setiap syarikat telekomunikasi.

Advertisement

Samsung Galaxy S4 dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.99-inci (resolusi 1080×1920 pixel), kamera belakang 13-megapixel, memori sebanyak 2GB RAM dan juga menggunakan cip pemprosesan Exynos 5 Octa. Ia turut menggunakan Android 4.2 Jelly Bean serta dilengkapi dengan antaramuka TouchWiz.

Samsung Galaxy S4 juga dikatakan hadir dengan fungsi S Translator yang membolehkan anda terjemahkan bahasa yang anda inginkan dalam bentuk suara. Ia juga dilengkapi dengan fungsi Sound & Shot iaitu fungsi yang membolehkan anda menangkap gambar beserta suara. Fungsi Story Album juga membolehkan anda menyusun gambar mengikut aktiviti yang dilakukan dan anda juga boleh customize album dengan ayat-ayat dan reka bentuk mengikut kreativiti masing-masing.

Fungsi S Health juga disediakan untuk anda boleh memantau kadar kesihatan anda

Fungsi S Voice Drive juga membantu anda semasa memandu, anda boleh mengarahkan S4 untuk untuk menyusun SMS, Email dan meminta bantuan GPS

Dikhabarkan juga Samsung Galaxy S4 akan hadir dengan versi kalis air dan debu pada sekitar bulan Julai. S4 Mini dengan skrin bersaiz 4.3-inci turut dikatakan akan hadir sekali pada bulan Julai ini.

Sumber: Amanz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...