Pre-order untuk Samsung Galaxy Note 10 dan 10+ baru sahaja dilancarkan minggu lalu dan nampaknya unit tersebut sudah habis dijual sebelum majlis pelancaran secara rasminya semalam.
Melalui majlis pelancaran semalam, Presiden Elektronik Samsung Malaysia iaitu Kim Yoon Soo memaklumkan kesemua unit untuk pre-order sudah habis ditempah sehingga jam 12 tengahari semalam.
Model Samsung Galaxy Note 10 dan 10+ dengan memori sebesar 256GB dijual pada harga RM3,699 dan RM4,199. Manakala untuk model berkapasiti tinggi Galaxy Note 10+ dengan 512GB dijual pada harga RM4,799.
Note 10+ didatangkan dengan skrin sebesar 6.8 inci dan skrin 6.3 inci untuk Note 10. Kamera untuk Note 10+ hadir dengan gabungan sensor 12-megapixel, 16-megapixel, 12-megapixel dan 3D TOF Megapixel.
Selain turut didatangkan dengan kamera utama, kamera ultra wide dan lensa zoom. Manakala Note 10 dilengkapkan dengan kamera yang sama tetapi tidak disertakan dengan sensor kamera 3D TOF Megapixel.
Sumber: The Star