Samsung Dedah Telefon Pintar Lipat Terbaru Mereka

Teknologi

Samsung Dedah Telefon Pintar Lipat Terbaru Mereka

Sekian lama orang ramai dibayangkan dengan ura-ura bahawa Samsung akan mengeluarkan telefon pintar boleh lipat yang membuatkan orang ramai tertunggu-tunggu.

Advertisement

Akhirnya, semalam Samsung telah mendedahkan telefon mudah alihnya boleh dilipat di San Francisco dan meminta pemaju Android untuk mula mereka aplikasi untuk peranti itu.

Ia merupakan peranti hibrid yang pertama dikeluarkan oleh Samsung dan boleh dilihat serta berubah daripada telefon pintar menjadi sebuah tablet.

Bila peranti ini dilipat, ia akan menjadi tablet kecil dengan saiz poket yang mudah untuk dipegang.

Justin Denison, naib presiden kanan pemasaran produk mudah alih, mempamerkan prototaip dengan skrin yang diukur bersaiz 7.3 inci (18.5cm).

Versi telefon yang dilipat pula, mempunyai paparan skrin sebesar 4.58 inci dengan nisbah aspek 21: 9, yang menjadikannya peranti paling tinggi dan panjang di pasaran tetapi mungkin bukan peranti yang sesuai untuk permainan-permainan video, tontonan video, atau apa-apa aktiviti seperti itu kerana saiz skrinnya yang kecil.

Tetapi anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti itu sekiranya anda menggunakan mod tablet yang terbuka kerana ia mempunyai nisbah aspek 4.2: 3 yang lebih standard dan saiz skrin sebanyak 7.3 inci, seperti yang ditunjukkan pada sesi pengenalan semalam.

Untuk memudahkan anda, bila dilipat ia akan menjadi telefon pintar, bila dibuka ia sebuah tablet.

Masih belum banyak yang diketahui tentang spesifkasi, harga dan informasi penting yang lain. Google secara rasmi mengumumkan untuk menambah sokongan kepada paparan lipat untuk Android.

Samsung merancang untuk memperkenalkan peranti yang berasaskan Android ini pada awal tahun depan.

Tonton video penuh ketika majlis persidangan tersebut:

Sumber: the verge

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...