“Sampailah Kawan Tegur..” – Shahiezy Sam Kongsi ‘Bad Habit’ Lama Ketika Merokok

Hiburan

“Sampailah Kawan Tegur..” – Shahiezy Sam Kongsi ‘Bad Habit’ Lama Ketika Merokok

Sedia maklum, sejak kebelakangan ini isu kebersihan dan pembuangan sampah di kawasan perkelahan menjadi perbualan hangat dikalangan warganet susulan foto sampah sarap yang dibiarkan di kawasan rekreasi tular di media sosial.

Ara Johari
3 years ago

"Kau Ingat Atas Bukit Sana Ada Tukang Kutip Sampah?" - Ara Johari

Advertisement

Pelakon hebat, Shahiezy Sam tampil berkongsikan pengalaman lamanya sejurus habis merokok.

Dulu masa saya hisap rokok, saya akan tengok sekeliling dan bila saya nampak situ ada punting rokok atas lantai saya akan mula jentik punting rokok dekat situ.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

Menurut Sam, dia seringkali membuang puntung rokok di merata tempat sehinggalah kenalan pelakon tersebut menegur dirinya.

Sampailah satu hari kawan saya tegur dan tanya saya kenapa nak kena buang punting rokok macam tu? Saya jawab, saya tak tahu nak buat dekat mana.

Tambahnya lagi, menjaga kebersihan merupakan salah satu perkara yang amat penting dan ia juga merupakan satu tuntutan dalam agama.

Dalam pada masa yang sama, suami kepada pelakon Syatilla Melvin turut berkata sebelum kita ingin membuang sampah merata-rata, fikir dahulu perbuatan tersebut akan membuat Tuhan marah.

Perkongsiaan video nasihat itu dikongsikan oleh pelakon filem Polis Evo pada Jumaat lalu dan telah meraih tontonan hampir 20,000 kali.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...