“Sampai Tak Makan”, Doktor Ini Kongsi Apa Yang Berlaku Di Khemah Saringan COVID-19 Setiap Hari

Kehidupan

“Sampai Tak Makan”, Doktor Ini Kongsi Apa Yang Berlaku Di Khemah Saringan COVID-19 Setiap Hari

Wabak coronavirus sangat memberikan perubahan yang ketara kepada kita terutama sekali kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Para doktor dan petugas yang terlibat kini seperti mempertaruhkan nyawa mereka sendiri bagi menjalankan saringan bagi merawat pesakit yang dijangkiti.

Tetapi pasti ramai daripada kita yang tidak mengetahui bagaimana keadaan sebenar kawasan saringan. Kebanyakan daripada kita juga hanya berfikir bahawa keadaan tempat saringan adalah sama seperti keadaaan di hospital. Baru-baru ini, seorang doktor telah mendedahkan dengan membuat perkongsian di laman Facebooknya tentang suasana sebenar di sekitar khemah saringan.

Advertisement

Merujuk kepada perkongsian yang telah dibuat, menunjukkan saringan wabak COVID-19 ini dilakukan hanya di dalam khemah panas yang telah dipasang di luar bangunan hospital.

Proses saringan bagi setiap seorang pesakit adalah mengambil masa sehingga 45 minit. Petugas juga perlu menyalin Personal Protective Equipment (PPE) seperti mask, double gloves, face shield, apron dan sebagainya untuk SETIAP pesakit yg disaringkan.

Menurut perkongsian yang dibuat, mereka juga tidak sempat menyentuh makanan tengahari yang disediakan oleh hospital, kerana setiap saringan memakan masa yang lama dan terdapat ramai pesakit yang perlu disaringkan.

Doktor itu juga berkongsi bahawa mereka akan mula bertugas pada jam 8 pagi dan akan terus melihat pesakit hingga 8 malam, bersamaan 12 jam sehari sebelum syif bertukar.

“Kenapa 12 jam?”

Kerana setakat ini, jumlah ‘pool’ kumpulan doktor yang telah dilatih agak kecil dan jumlah ini masih belum membenarkan syif selama 8 jam dilaksanakan (3 syif/hari).

Menurutnya, ukuran suhu di khemah saringan mencapai 33 hingga 35 darjah celcius. Ini bermakna semua pertugas telah terdedah kepada ‘heat stress’.

“Inilah pengorbanan yg terpaksa dilakukan demi menjaga kesejahteraan dan kesihatan kita semua.”

Doktor ini berharap untuk mendapat kerjasama dan sokongan dari semua pihak kepada petugas yang sedang berkhidmat melawan wabak ini. Sementara itu, Jabatan Kesihatan Sarawak telah berjaya mengesan tiga individu positif COVID-19 yang terdiri daripada mereka yang menghadiri tabligh di Masjid Sri Petaling baru-baru ini.

Artikel berkaitan: 3 Yang Terlibat Menghadiri Tabligh Disahkan Positif COVID-19 Di Sarawak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...