Sampai “Super Market” Tapi Dompet Tertinggal? Ini Cara Nak Keluarkan Duit Tanpa Kad Di ATM

Trending

Sampai “Super Market” Tapi Dompet Tertinggal? Ini Cara Nak Keluarkan Duit Tanpa Kad Di ATM

Situasi ini sememangnya kadangkala boleh berlaku oleh sesiapa pun. Admin sendiri pun pernah tertinggal kad atm bila nak keluar beli barang, sampai2 kat super market tahu-tahu kad tertinggal kat rumah. Aduh, satu hal juga lah nak patah balik ambil kad.

Advertisement

Namun samaada korang tahu atau tidak, sebenarnya wang boleh dikeluarkan tanpa kad di atm. Satu kejadian yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook bernama Ahmad Asyraf Asyari. Beliau kongsikan kisah di mana dia terlupa membawa dompet yang berisi kad ATM ke pasaraya.

Apa yang menarik, dia telah gunakan satu kelebihan yang ada pada bank yang digunakannya iaitu keluarkan duit tanpa menggunakan kad, jom kita baca dan lihat cara-caranya.

Semalam pergi Giant Batu Caves nak beli barang dapur. Dah sampai dekat parking cari dompet. Aduh! Tertinggal pula di rumah. Duit dalam poket ada RM2 je. Nak patah balik, memang taklah nak pergi Giant balik lepas tu.

Orang rumah dah pasrah dah muka. Sebelum tu muka ceria nak beli barang-barang untuk buat sandwich dan salad. Ya lah kan, suami nak bawa bekal ke tempat kerja. Sebagai isteri solehah, mesti seronok nak sediakannya pun adui. Hehe

Jadinya, duduk berfikir sebentar.

Baik, kita cuba buat online banking. Dalam kereta ada kad Bank Muamalat isteri yang dah lama tak pakai. Tapi bila nak buat ‘IBFT’ dari Maybank tiadalah pula dalam senarai. Kena cari jalan lain ni.
Terus teringat yang Maybank ada khidmat ‘Pengeluaran tanpa Kad’ atau “Cardless Withdrawal’.

Alhamdulillah berhasil. Syaratnya mesti kena ada akaun Maybank. Hong Leong pun ada. Bank-bank lain tak tahu lagi dah ada ke belum perkhidmatan ini.

Boleh tengok gambar-gambar dan baca ‘caption’ di bawah untuk tahu cara ‘step by step’. Manalah tahu jadi pula satu hari pada kita nanti kan.

1. Masuk Maybank2u guna telefon anda. Takkan bawa laptop pula ke pasaraya kan.

Klik ‘Account & Banking’

2. Pilih ‘transfer’ kemudian ‘Cardless Withdrawal’

3. Isi maklumat yang diperlukan kemudian akan terima mesej melalui SMS.

4. Dapat saja SMS cari ATM Maybank yang berdekatan. Tekan mana-mana butang. Akan keluar skrin pilih bahasa.

5. Pilih pengeluaran tanpa kad.

6. Teruskan lah. Hehe

7. Masukkan 16 digit yang dapat dalam SMS.

8. Lepas tu masukkan lagi 6 digit yang dapat melalui SMS juga.

9. Ambil wang anda dan penyata. Selesai. Boleh belanja dengan senang hati.

-Ahmad Asyraf Asyari-
-Bukan pegawai Maybank-

Mudahkan, jadi tidak risau lagi jika dompet dan kad ATM anda tertinggal ketika di pasaraya, janji ada internet dan yang paling penting duit ada dalam akaun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...